Assalamualaikum.
Saturday, 30 March 2024
Review Buku: Tuhan, Aku Tak Ingin Dewasa!
Oishi!
Assalamualaikum.
Friday, 29 March 2024
Perasaan Apakah Ini?
Assalamualaikum.
Saya maklum bahawa saya sudah 3rd year 1st sem sekarang, tapi saya akan ROS waktu cuti 3 bulan ni? What?? Secepat ini kah masa bergerak?😭 Serious saya rasa baru saja masuk degree. Tapi dah nak ROS dah sekarang. Saya betul betul tak ready lagi. Belum cukup ilmu untuk berhadapan realiti. Dah la perangai pemalu tak bertempat ni pun tak hilang lagi.
Dari segi ilmu, sifat, perwatakan dan pakaian, semua tu saya tak ready lagi. Saya takut kena buli dengan budak budak sekolah saja nanti. Harapnya mereka hormat saya sebagai "guru" walaupun belum bertauliah. Saya sangat terkejut bila tahu kena ROS waktu cuti nanti. Saya betul betul ingat lambat lagi benda tu. InsyaAllah batch kami iaitu Ohana akan ROS waktu yang sama dengan Kaizen.
Sebenarnya masa saya pergi Liqa' Mahabbah hari tu, rasa pelik dah sebab semua muka tak kenal. Semua junior rupanya. KOED dah dipenuhi generasi baru dah. Kami antara yang tertua dan senior. Ya Allah saya kena cuba terima hakikat ni. Saya akan melangkah ke dunia "dewasa"😖.
Bye, selamat pagi semua. Assalamualaikum.
Thursday, 28 March 2024
Makasheh Kaksya❤
Assalamualaikum.
Wednesday, 27 March 2024
Berikan Saya Ruang
Assalamualaikum.
Buat masa ni, saya belum boleh menerima mana mana watak lagi dalam hidup saya. Saya perlukan masa untuk menerima hakikat bahawa Saifudin tak ada pun sebenarnya. Saya hidup dalam khayalan. Saya belum boleh baca buku lain lagi. Saya belum boleh hadam watak watak lain. Lepas habis buku Sunan ke 8 iaitu "Sunan Cinta Nan Sakti", saya memang rasa sedih sangat. Rasa sayu saja hati ni.
Saya cuba baca buku baru, iaitu Hatiku di Harajuku, tapi tak boleh hadam lagi dalam hati. Jadinya, saya perlukan masa dan ruang untuk menyembuhkan lara di lubuk hati ini. Biar saya betul betul lupakan Saifudin dulu, baru saya baca buku lain. Ya Allah, Kau wujudkanlah Saifudin dalam hidupku, dan jadikanlah aku Ratna di hatinya, Allahumma Amin😭
Saya tak obses pun hihi😬. Setiap manusia ada fasa fasa tertentu dalam hidup dia. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Tuesday, 26 March 2024
Skill Khat: First Class
Assalamualaikum.
Kelas khat saya sepatutnya setiap hari Rabu malam, tapi minggu ni Ustaz ada kerja hari Rabu. Jadi dia minta buat awal iaitu hari Selasa, malam ni. Lepas buka puasa koed tadi, saya dan Ainin cepat cepat pergi solat di surau Edu. Kemudian, order transporter untuk ke Wadi Budi. Kelasnya mula 8:15. Kami sampai dalam pukul 8:2++. Tapi Ustaz macam baru mula cakap, tak lewat sangat pun hihi.
Saya excited sangat sangat kelas khat ni walaupun saya tak pandai langsung, tak ada basic pun. Tapi saya semangat nak belajar sebab Saifudin pandai khat. Saya terinspirasi daripada dia lah💗. Bersyukur sebab Ustaz Helmi tu baik. InsyaAllah mudah untuk belajar sebab Ustaz pun tahu budak budak yang ambik khat ni bukan semuanya dah pandai.
Kelas tadi habis pukul 9:50 malam. Saya dengan Ainin balik mahallah naik bas sebab tak larat nak jalan dah, jauh sangat. Bas UIA bau dia macam bas sangat, saya fening. Kalau lama lama boleh muntah saya. Tapi skali skala best lah naik bas gitu. Dahla malam, dingin dan sejuk. Hmm. Harapnya saya dan Ainin dapat buat yang terbaik untuk khat ni, dan semoga ilmu tu kami akan ingat sampai bila bila dan apply InsyaAllah.
Mari Iftar KOED
Assalamualaikum.
Tadi berbuka di Edu Foyer. Orang kata menunya nasi arab tapi saya tak rasa macam nasi Arab. Hanya ada nasi yang warna kuning sikit dan seketul ayam yang sangat besar berserta kuah sup tapi tak ada sambal. Bagi saya tak syok sebab tak ada sambal, jadi macam tak ada rasa. Ceyy pandai complain dah sekarang. Rasanya sedap, tapi tak lengkap lah untuk saya yang selalu makan secukup rasa.
Sebelum iftar tu kami ada ambik makanan free di cafe edu. Ainin ambik pizza, Ibby dan saya ambik takoyaki. Tapi saya sangat kekenyangan, jadi saya bagi je takoyaki tu dekat khawan khawan. Tahu tak saya rasa vibe iftar tadi tak best lah. Tak tahu kenapa hihi. Kalau liqa' mahabbah hari tu best!
Tapi mereka dah buat yang terbaik untuk program ni. Terima kasih ya! Dan terima kasih Dalili tolong belikan dan hantarkan green tea kepada kami tadi. Untung ada kawan cyat. Okay bye Assalamualaikum.
Ayoh Mad's Birthday!
Assalamualaikum.
Cuba teka siapa umur 26 tahun dah hari ni? Ya betul sekali! Hari ni Abe Dailamie/Ayoh Mad/Abah Muhammad/Babam Kaksya sudah berumur 26 tahun Alhamdulillah. Kadang kadang rasa macam mimpi yang Abe Dailamie ni abang ipar saya. Dulu kenal beliau sebagai kawan sekolah Kaksya. Dulu gak balik cerita sokmo pasal Abe Dailamie (tapi sekarang dia tak mengaku). Kalau dia tak cerita, macam mana lah dulu saya boleh kenal si Babamnya😌 Haha okay itu cerita lama. Sekarang dah jadi ahli keluarga kami Alhamdulillah.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Abe Dailamie, Kaksya dan keluarga kecil kalian, semoga cepat cepat dapat duduk sekali, semoga Allah teguhkan hati dalam menghadapi ujian sekarang ni, dikurniakan iman yang teguh, dikurniakan kesihatan yang terbaik dan selamat daripada segala bahaya, semoga Allah berikan kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat kepada Abe Dailamie, Kaksya, Muhammad Wildan dan seluruh ahli keluarga sama ada yang sudah wujud atau belum wujud. Hihi. Allahumma Amin.
Monday, 25 March 2024
Hebatnya Pencinta Kucing
Assalamualaikum.
Saya sedang bersantai di atas katil sambil menghilangkan letih. Baru sampai bilik sebenarnya. Saya berbuka di masjid tadi dengan Ibby. Hari yang meletihkan sangat. Esok InsyaAllah berbuka di KOED bersempena dengan program "Mari Iftar". Tak shabar.
Tahu tak..saya kan bukan pencinta kucing. Tapi saya tak benci kucing. Saya okay okay jelah, selalu je saya manjakan kucing di rumah. Tapi bukan sampai tahap kalau jumpa kucing je akan eksaited dan belai belai. Sejujurnya, saya dengki dengan pencinta kucing. Nampak sangat penyayang dan lembut. Saya pun nak jugak nampak macam tu, tapi benda tu tak boleh dipaksa paksa. Suka kucing ni benda yang natural dari hati.
Saya dah jumpa ramai orang pencinta kucing, memang nampak lembut dan ada sifat keibuan gitu. Antaranya, Nasihah dan Ibtihaal. Hmm. Tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi yang penting saya dengki dengan mereka ni. Dalam keluarga saya tak ada pun pencinta kucing. Tapi kami bela dan jaga kucing, bagi makan dan tempat tinggal.
Hihi random betul. Bye Assalamualaikum.
Sunday, 24 March 2024
Iftar Secara Solo
Assalamualaikum.
Welcoming New Room🏡
Assalamualaikum.
Liqa' Mahabbah Ramadan Version
Assalamualaikum.
Sekarang pukul 1 lebih tengah malam. Pukul 12 tadi saya baru balik dari berbuka puasa bersama budak budak TAASL. Ada program Liqa' Mahabbah. Lepas berbuka dengan makanan ringan, kami solat Maghrib dulu berjemaah. Lepas tu baru kami makan nasi. Sedap nasi dia, nasi ayam pedas. Kemudian, solat Isyak dan tarawih berjemaah. Enjoy sangat tapi panas..berpeluh saya. Katanya aircond di school zone tu problem tiba tiba. Tapi okaylah, bukan salah mereka.
Part favourite saya, moreh. Sambil moreh sambil game. Ada 2 game yang diconduct oleh Munir dan Dalili. Mula mula game "tv buruk", berkumpulan. Orang yang duduk paling depan kena lukis gambar yang ditunjukkan oleh komiti. Temanya buah buahan. Kemudian, lukisan tu dipaskan kat orang belakang, orang tu akan lukis berdasarkan lukisan orang first tadi. Begitulah sampai orang terakhir. Orang terakhir kena tunjukkan lukisan dia dekat semua orang dan bagitahu buah apakah itu dalam bahasa Arab. Dalam banyak banyak group, group saya saja yang salah. Haha. Game kedua kotak beracun. Macam selalu lah.
Menu morehnya adalah kuih muih dan green tea cyat. Sedap! Air green tea tu saya habiskan 3 gelas. InsyaAllah puasa esok dah tak terliur green tea. Keseluruhannya, best lah program ni. Kali pertama saya join Liqa' Mahabbah setelah hampir 3 tahun duduk sini. Okay itu saja laporan malam ini. Bye Assalamualaikum.
Saturday, 23 March 2024
Abdullah Abbas turns 2
Assalamuaikum.
Abdullah Abbas, seorang budak yang sangat aktif dan bejuruh sudah umur 2 tahun! Alhamdulillah membesar dengan sihat walafiat. Abdullah ni lain sikit gayanya daripada kakak dan abang dia. Dia memang sangatlah aktif dan sekarang ni memang musim dia suka menangis. Saya rasa sebab dia dah ada adik di saat dia pun masih kecil dan perlukan kasih sayang. Iman dulu pun ada adik masa masih kecik, tapi ada mak mak sedara yang bagi kasih sayang yang tak berbelah bahagi sebab dia sulung. Sekarang kan mak mak sedaranya nak kena berbagi kasih sayang dekat ramai anak buah, bukan sorang. Begitulah ya Abdullah, tapi MamaDa sayang Abdullah Abbas sangat sangat.
MamaDa doakan semoga Abdullah Abbas diberi kesihatan yang terbaik, dipermudahkan segala urusan, semoga sentiasa menjadi insan yang cemerlang, amanah, jujur, ikhlas, pemurah, berakhlak mulia, disenangi orang sekeliling di mana saja Abdullah berada, semoga dijauhkan daripada segala perkara mungkar dan keji, dan mendapat kebaikan dan kebahagiaan dunia Akhirat, InsyaAllah.
Friday, 22 March 2024
3rd Year 1st Semester: Favourite Lecturer
Assalamualaikum.
Throwback: Muhammad Lawat MamaDa
Assalamualaikum.
Tuesday, 19 March 2024
12 Mac 2024: Muhammad 6 Bulan
Assalamualaikum.
Baby saya yang paling kecik iaitu Muhammad Wildan dah umur 6 bulan! Alhamdulillah. Sepanjang saya duduk di sisi dia, Muhammad ni sangat mudah untuk dijaga. Tapi mestilah Abah dan Uminya lagi tahu mudah ke payah kan. Yang penting, Muhammad baby yang sangat soleh, ceria, sihat dan hensem. Alhamdulillah ala kulli hal.
Tahu tak Muhammad dah tumbuh gigi!😭Cepat betul dia besar. Tengok Iman Abdurrahman sekarang lah. Rasa macam baru je lahir. Tahu tahu dah masuk sekolah dah masing masing. Mesti Umi Muhammad lagi rasa terharu pasal gigi Muhammad tumbuh tu. Entah entah siap menangis lagi haha. Begitulah perjalanan hidup ni. Apapun, MamaDa doakan semoga Muhammad Wildan membesar dengan sihat walafiat, ceria, cerdik, hensem, bejuruh, soleh dan menjadi penyejuk hati kepada Abah Umi dan orang sekeliling, Allahumma Amin💗
Throwback: Kami ke Pantai Sri Tujoh!
Assalamualaikum.
Cuti sem hari tu best sangat. Mydin Mall tu boleh kata rumah kedua kami dah, nok oyak kata kerap nya pergi sana. Lepas tu Abecik Kakcik ada balik waktu saya cuti tu. Kami pergi pantai Tujoh!! Hihi. Bunyi macam tak special pun sebab pantai Tujoh ni dah 83 kali pergi sepanjang hidup. Tapi kali ni special sebab kami naik ATV. Motor besar 4 tayar tu. Kami pergi pantai berenam, Abecik, Kakcik, Iman, Abdurrahman, Abdullah dan MamaDa.
Abecik sewa 2 motor. Satu Abecik bawak, satu lagi....saya bawak! Hihi. Terkejut tak. Dahla pakai jubah Allahu. Sebab tak rancang pun nak naik motor tu. Sampai pantai baru tahu ada motor. Mudah saja rupanya bawa ATV tu, macam bawak kereta. Tapi part yang susahnya adalah jalan berpasir. Tekan minyak beberapa saat awal tu tak bergerak lagi motor. Bunyi saja lebih haha. Round pertama Abecik naik dengan Iman Abdurrahman, saya naik dengan Kakcik dan Abdullah. Round kedua kami tukar penumpang. Best sangat sepanjang bawak motor tu, cuma kena tahan malu lah. Ramai orang di pantai tu dan masa tu kami saja yang bawak ATV. Saya dengan Kakcik pulak pakai jubah. Yang paling enjoy ialah Abdullah Abbas. Dia punya jerit sepanjang perjalanan tu macam orang dewasa melepaskan stress haha.
Monday, 18 March 2024
Seharian bersama Nasihah
Assalamualaikum.
Iftar Geng 166 without A'isyah
Assalamualaikum.
Panas Ceng Ceng
Assalamualaikum.
Sekarang ni musim panas sangat. Dahla bulan puasa, sangat mencabar iman kita ya. Dia punya panas bukan biasa biasa. Waktu pagi masa solat subuh pun boleh bermandi peluh. Mandi pagi pun tak rasa sejuk, tak ketar ketar macam selalu.
Kalau cuaca panas macam ni berterusan, pada pendapat saya, aircond wajib ada di setiap rumah di Malaysia. Sebagaimana wajibnya pemanas di setiap rumah di Korea. Hmm. Pergi kelas berpayung pun still rasa kepanasan tu di muka. Kita dah berikhtiar dengan pakai sunscreen. Selebihnya kita tawakkal pada Allah. Bak kata Kakcik, pakai sunscreen biar sampai boleh kikis dengan sudu. Haha. Okay bye Assalamualaikum.
Saturday, 16 March 2024
Ramadan Tiba!
Assalamualaikum.
Hari ini Sabtu hari ke 5 Ramadan. Saya berpuasa di rumah Kakcik hihi. Puasa sekarang awal betul kan. Kalau dulu seingat saya Ramadan bulan 8, raya bulan 9. Sekarang puasa awal bulan 3! Allahu. Dah lama saya hidup rupanya. Tapi masih duk perasan muda lagi. Insaflah anak muda.
Saya belum rasa lagi vibe vibe Ramadan sebab saya baru start puasa kemarin. Feel tu belum datang lagi. Bulan puasa ni saya nak cuba perbaiki diri yang lagha. Saya betul betul hanyut beberapa minggu ni. Memang tak best perasaan dia kalau jauh dari kebenaran ni. Rasa hidup ni tak ada tujuan. So, marilah kita sama sama berusaha back on track dan istiqomah dalam kebaikan. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua, Allahumma Amin💝
Friday, 15 March 2024
Lelaki Berduka Tanah Rencong
Assalamualaikum.
Sejujurnya selama ini saya selalu pandang rendah pada orang yang suka anime. Sampai jatuh cinta dengan watak watak dalam anime. Saya rasa macam mereka ni acah acah unik. Astaghfirullah jahat betul hati ni. Mungkin, apa yang jadi pada saya sekarang ni adalah kerana Allah nak hapuskan sangkaan jahat tu dalam hati saya. Sekarang saya pula yang terjebak jatuh hati dengan watak yang tidak wujud. Haha. Ambik kau Syahadah. Tapi yang saya suka ni bukan anime, tapi watak dalam buku. Saifudin Jalis nama diberi, orang orang di Tanah Rencong menggelarnya Laksamana Sunan.
Saya boleh kata yang Ramlee Awang Murshid ni gifted sangat. Dia punya imaginasi dalam berkarya sangatlah hebat. Dan dia kaitkan cerita tu dengan benda yang betul betul wujud. Sampai saya rasa semua cerita tu betul sebenarnya, bukan rekaan. Sebab tu lah saya jadi suka sangat sangat dengan Saifudin dan mengharapkan kewujudan orang yang persis Saifudin. Sepanjang baca buku Sunan ni, saya jadi ceria sangat sebab sentiasa tertunggu tunggu untuk "bertemu" dengan Saifudin and the gang. Masa duduk dalam kelas, tak sabar nak balik bilik untuk baca buku. Sekarang, bila Angah purchase buku online, saya boleh baca bila bila masa je! hihi. Terima kasih Angah💗Happy sangat, asalkan fon ada bateri saya boleh baca buku. Tapi mestilah baca buku asli lagi nikmat kan.
Sekarang saya sedang baca buku Sunan yang ke 7 iaitu Sunan Nanggroe Sang Kembara. Masa penghujung Sunan Musafir, saya rasa sayu, sedih dan sunyi sangat. Sebab Saifudin dah berumur dan semua benda yang dia lalui selama ni dah jadi kenangan. Maryam pun dah meninggal, bangsa polip pun pergi balik ke tempat mereka dan seakan akan mereka tak akan berjumpa dah sampai mati. Sedih! Saya rasa pedih di hati nak terima hakikat tu. Yang lagi pedih, semua tu memang tak wujud pun, sekadar imaginasi. Allahu. Baca buku buku ni memang bagi kesan yang mendalam untuk saya. Saya jadi bersemangat untuk jadi hamba Allah yang taat sungguh sungguh, jauhi larangan Allah, dan tawakkal kepada Allah sentiasa untuk capai kejayaan yang hakiki iaitu syurga Allah InsyaAllah.
Fuhh bukan main emo lagi nak tulis pasal ni haha. Okay bye, nak sambung baca. Assalamualaikum.
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun😝 Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...