Assalamualaikum.
Sejujurnya selama ini saya selalu pandang rendah pada orang yang suka anime. Sampai jatuh cinta dengan watak watak dalam anime. Saya rasa macam mereka ni acah acah unik. Astaghfirullah jahat betul hati ni. Mungkin, apa yang jadi pada saya sekarang ni adalah kerana Allah nak hapuskan sangkaan jahat tu dalam hati saya. Sekarang saya pula yang terjebak jatuh hati dengan watak yang tidak wujud. Haha. Ambik kau Syahadah. Tapi yang saya suka ni bukan anime, tapi watak dalam buku. Saifudin Jalis nama diberi, orang orang di Tanah Rencong menggelarnya Laksamana Sunan.
Saya boleh kata yang Ramlee Awang Murshid ni gifted sangat. Dia punya imaginasi dalam berkarya sangatlah hebat. Dan dia kaitkan cerita tu dengan benda yang betul betul wujud. Sampai saya rasa semua cerita tu betul sebenarnya, bukan rekaan. Sebab tu lah saya jadi suka sangat sangat dengan Saifudin dan mengharapkan kewujudan orang yang persis Saifudin. Sepanjang baca buku Sunan ni, saya jadi ceria sangat sebab sentiasa tertunggu tunggu untuk "bertemu" dengan Saifudin and the gang. Masa duduk dalam kelas, tak sabar nak balik bilik untuk baca buku. Sekarang, bila Angah purchase buku online, saya boleh baca bila bila masa je! hihi. Terima kasih Angah💗Happy sangat, asalkan fon ada bateri saya boleh baca buku. Tapi mestilah baca buku asli lagi nikmat kan.
Sekarang saya sedang baca buku Sunan yang ke 7 iaitu Sunan Nanggroe Sang Kembara. Masa penghujung Sunan Musafir, saya rasa sayu, sedih dan sunyi sangat. Sebab Saifudin dah berumur dan semua benda yang dia lalui selama ni dah jadi kenangan. Maryam pun dah meninggal, bangsa polip pun pergi balik ke tempat mereka dan seakan akan mereka tak akan berjumpa dah sampai mati. Sedih! Saya rasa pedih di hati nak terima hakikat tu. Yang lagi pedih, semua tu memang tak wujud pun, sekadar imaginasi. Allahu. Baca buku buku ni memang bagi kesan yang mendalam untuk saya. Saya jadi bersemangat untuk jadi hamba Allah yang taat sungguh sungguh, jauhi larangan Allah, dan tawakkal kepada Allah sentiasa untuk capai kejayaan yang hakiki iaitu syurga Allah InsyaAllah.
Fuhh bukan main emo lagi nak tulis pasal ni haha. Okay bye, nak sambung baca. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment