Friday, 22 March 2024

3rd Year 1st Semester: Favourite Lecturer

 Assalamualaikum.


Saya dah lalui 3 minggu untuk sem ini. Tapi assignment belum ada. Takut juga kalau mula lambat, kalut nanti akhir sem. Semoga Allah permudahkan. Saya ambik 7 subjek sem ni, 6 subjek besar (3 credit hour), 1 skill (0.5 credit hour). Bila saya ingat balik, subjek sem ni ada beberapa yang best. Contohnya, Fiqhul Usrah, Curriculum and Instruction, Nahu 3 dan skill Khat. Tapi banyak banyak subjek, saya paling suka Nahu 3 setakat ni.

Lecturer nya ialah Dr. Rahmat. Saya tak tahu kenapa, tapi saya suka sangat sangat Dr. Rahmat. Hati saya sejuk dan tenang bila tengok Dr. Setakat ni, saya memang faham sangat apa yang Dr ajar. Beliau mengajar dengan suara yang tenang dan mendatar saja dan menggunakan kitab. Tapi saya boleh fokus dan tak boring. Selalunya kalau lecturer mengajar lebih dari 15 minit, perhatian saya memang akan teralih. Tak boleh fokus dah sampai akhir. 

Dr soft spoken, cakap tak pernah tinggi suara. Dan boleh nampak Dr seorang yang bagus agamanya. Dalam kelas, bila student kurang respon, Dr akan cakap, "Hello, anybody home?", sambil senyum. Ohh satu lagi, Dr tak pernah cakap Melayu dalam kelas. Setakat ni Arab dengan Inggeris. Ya begitulah. Semoga saya dan kawan kawan kekal bertenaga dan bersemangat kelas Nahu..dan juga kelas lain hihi. Okay bye, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...