Tuesday, 26 March 2024

Skill Khat: First Class

 Assalamualaikum.

Kelas khat saya sepatutnya setiap hari Rabu malam, tapi minggu ni Ustaz ada kerja hari Rabu. Jadi dia minta buat awal iaitu hari Selasa, malam ni. Lepas buka puasa koed tadi, saya dan Ainin cepat cepat pergi solat di surau Edu. Kemudian, order transporter untuk ke Wadi Budi. Kelasnya mula 8:15. Kami sampai dalam pukul 8:2++. Tapi Ustaz macam baru mula cakap, tak lewat sangat pun hihi.

Saya excited sangat sangat kelas khat ni walaupun saya tak pandai langsung, tak ada basic pun. Tapi saya semangat nak belajar sebab Saifudin pandai khat. Saya terinspirasi daripada dia lah💗. Bersyukur sebab Ustaz Helmi tu baik. InsyaAllah mudah untuk belajar sebab Ustaz pun tahu budak budak yang ambik khat ni bukan semuanya dah pandai. 

Kelas tadi habis pukul 9:50 malam. Saya dengan Ainin balik mahallah naik bas sebab tak larat nak jalan dah, jauh sangat. Bas UIA bau dia macam bas sangat, saya fening. Kalau lama lama boleh muntah saya. Tapi skali skala best lah naik bas gitu. Dahla malam, dingin dan sejuk.  Hmm. Harapnya saya dan Ainin dapat buat yang terbaik untuk khat ni, dan semoga ilmu tu kami akan ingat sampai bila bila dan apply InsyaAllah. 

Kami duduk belakang sebab lewat.

Hasil kerja pelajar sem lepas.

Sukanya suasana ni.

Tengok gambar pun dah fening😿

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...