Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah untuk cari makan musim exam ni. Kurang sikit stress para pelajar. Duit pun tak keluar banyak, selalunya order grabfood memang cepat habis duit. Setakat ni semua feedback positif untuk cafe Safiyyah ni Alhamdulillah.
Dia ada buat breakfast buffet. Bayar RM5, boleh ambik saja makanan yang disediakan di situ sebanyak yang kita mahu. Pagi pagi ada nasi goreng, mi goreng, kuwetiauw goreng, kadang kadang macaroni goreng. Pastu ada roti bakar layan diri bersama beberapa jenis jem, ada mi sup dan buah oren segar. Disebabkan buffet ni, ramai betul students dari mahallah lain selalu datang breakfast sini.
Selain breakfast tu, banyak lagi makanan menarik di sini. Ada nasi ayam penyet, nasi ayam, nasi lemak, ada mihun, kuwetiauw dan mi sup, bubur bakar, lokcing, nasi ayam kunyit, western food, roti canai, murtabak dan banyak lagi. Saya pun tak discover lagi yang lain lain tu. Walalupun banyak pilihan, setakat ni saya baru try mihun sup dan tomyam. Lokcing dan ayam crispy pernah try jugak sekali. Semuanya sedap Alhamdulillah.
Semoga Cafe Safiyyah istiqomah dengan kesedapan dan harga yang berpatutan. Semoga bertahan selama mungkin InsyaAllah. Jadi sekarang, tak ada alasan untuk saya pindah mahallah lain kan. Tinggal satu sem lagi je pun. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan urusan semua orang tersayang kita, Allahumma Amin. Okay bye, Assalamualaikum.
Sarapan pagi!
Tomyam chefkiss💃
No comments:
Post a Comment