Assalamualaikum.
Mirror selfie bersama Nasihah.
Seperti rusa masuk kampung lagaknya.
Permulaan nak masuk Pasar Seni.
Sebelum masuk pasar, isi perut dulu.
Cantik!
Saya keluar dengan Nasihah hari Jumaat bersamaan dengan 8 Mac. Jumaat terakhir sebelum puasa. Tujuan utama keluar ni adalah untuk settlekan urusan renew lesen saya di jpj. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami hari tu, kena pulak hari tu hari wanita, 8 Mac. Memang sesiapa yang bergelar perempuan akan diberi kemudahan pada hari tu. Jadi cepat je urusan, tak kena berebut dengan orang. Lepas selesai urusan di jpj, kami pun naik lrt untuk ke Pasar Seni. Waktu tu hujan turun mencurah curah. Sepanjang hari tu, tak ada langsung cuaca panas Alhamdulillah.
Kali pertama naik lrt di kl. Best sangat! Saya pernah naik lrt, tapi di Bangkok. Kami sampai je Pasar Seni, terus cari kedai makan sebab kami belum makan. Kami makan roti canai, saya order air kelapa, Nasihah saya lupa air apa. Saya terkejut juga dia bagi sebiji terus kelapa tu. Isinya kena korek sendiri. Segar sangat sebab tanpa gula. Selesai makan, kami terus masuk Pasar Seni. Belum masuk tapak pasar betul betul pun saya dah rambang mata. Mujur lah saya dah janji dengan diri sendiri untuk beli 2 benda saja. Akhirnya saya beli seutas gelang berwarna rosegold, dan juga bunga matahari hiasan.
Fuhh letis menulis, sakit belakang haha. Okay setakat ini dulu, bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment