Wednesday, 27 March 2024

Berikan Saya Ruang

 Assalamualaikum.

Buat masa ni, saya belum boleh menerima mana mana watak lagi dalam hidup saya. Saya perlukan masa untuk menerima hakikat bahawa Saifudin tak ada pun sebenarnya. Saya hidup dalam khayalan. Saya belum boleh baca buku lain lagi. Saya belum boleh hadam watak watak lain. Lepas habis buku Sunan ke 8 iaitu "Sunan Cinta Nan Sakti", saya memang rasa sedih sangat. Rasa sayu saja hati ni. 

Saya cuba baca buku baru, iaitu Hatiku di Harajuku, tapi tak boleh hadam lagi dalam hati. Jadinya, saya perlukan masa dan ruang untuk menyembuhkan lara di lubuk hati ini. Biar saya  betul betul lupakan Saifudin dulu, baru saya baca buku lain. Ya Allah, Kau wujudkanlah Saifudin dalam hidupku, dan jadikanlah aku Ratna di hatinya, Allahumma Amin😭

Saya tak obses pun hihi😬. Setiap manusia ada fasa fasa tertentu dalam hidup dia. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...