Assalamualaikum.
Baby saya yang paling kecik iaitu Muhammad Wildan dah umur 6 bulan! Alhamdulillah. Sepanjang saya duduk di sisi dia, Muhammad ni sangat mudah untuk dijaga. Tapi mestilah Abah dan Uminya lagi tahu mudah ke payah kan. Yang penting, Muhammad baby yang sangat soleh, ceria, sihat dan hensem. Alhamdulillah ala kulli hal.
Tahu tak Muhammad dah tumbuh gigi!😭Cepat betul dia besar. Tengok Iman Abdurrahman sekarang lah. Rasa macam baru je lahir. Tahu tahu dah masuk sekolah dah masing masing. Mesti Umi Muhammad lagi rasa terharu pasal gigi Muhammad tumbuh tu. Entah entah siap menangis lagi haha. Begitulah perjalanan hidup ni. Apapun, MamaDa doakan semoga Muhammad Wildan membesar dengan sihat walafiat, ceria, cerdik, hensem, bejuruh, soleh dan menjadi penyejuk hati kepada Abah Umi dan orang sekeliling, Allahumma Amin💗
No comments:
Post a Comment