Assalamualaikum.
Kemarin kali pertama saya keluar dengan Ohanat lengkap berenam. Dan kali pertama juga saya keluar bukan tujuan assignment. Lepas exam subjek method ised semalam, kami solat Asar dulu di Edu. Pening betul kepala fikir nak pergi mana. Haha. Akhirnya kami buat keputusan pergi klcc. Kami order 2 transporter, naik tiga orang satu kereta.
Masa on the way tu jem teruk jugak. Antara sebabnya adalah kebakaran hutan di Gombak. Lepas je kawasan tu, laju je kereta bergerak Alhamdulillah. Cumanya geng 3 orang lagi terbelakang sikit sebab transporter dia lambat pick up. Agak ujian sebenarnya masa tu, hampir hilang mood nak jalan jalan. Tapi Alhamdulillah okay saja akhirnya.
Kami naik lrt sampai suria klcc. Masa tu dah hampir Maghrib. Kami cepat cepat cari kedai makan sebab lapar sangat. Sampai foodcourt kami order makanan masing masing. Saya order nasik sizzling, Ibby mi sizzling, Ainin dan Dalili mi ayam Cina, Nazilah panmee, Nasihah nasi ayam Vietnam. Pemenangnya ialah Nasihah sebab makanan dia je kot yang sedap haha.
Nama pun klcc, mestilah harga mahal semua benda. Tapi kalau dia sedapkan makanan tu baru nice, biar padan dengan harga. Takpelah, at least saya dapat pengalaman baru. Lepas ni kalau nak keluar untuk makan, klcc bukan tempat yang sesuai. Tapi saya suka feeling dan vibe pergi klcc. Dapat tengok air pancut sambil dengar lagu M. Nasir fuyooo.
Kami solat Maghrib dan Isyak di masjid dekat dengan klcc tu, masjid As-Syakirin. Best masjid tu! Luas dan selesa. Cantik pulak tu. Orang kata tak ada halangan lah untuk beribadat dengan tenang. Nanti nak pergi lagi lah masjid tu, dengan keluarga pulak InsyaAllah. Kami balik uia naik lrt dan transporter jugak. By the way Alhamdulillah saya dapat apa yang diinginkan iaitu CARROT! Hihi.
Best betul jalan jalan macam tu. Terima kasih Umi sebab bagi kebenaran💖 Esok lusa ni saya exam method taasl satu je lagi, lepas tu balik rumah dah InsyaAllah. Doakan kami semua. Okay bye, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment