Assalamualaikum.
Pada tarikh 6/2/2025 bersamaan hari Khamis, majlis Aqiqah untuk Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan diadakan di rumah Ma Abe Dailamie. Gambar 2 ketul tu tak ada pulak. Tak apalah kita tunjuk sepupu sepapat dia saja. Muhammad Wildan umur 1 tahun 4 bulan lebih, Muhammad Najhan pula 1 bulan 8 hari. Alhamdulillah. Buat majlis tak tunggu MamaDa pulang dulu ya. Biasaa dia ni.
Bersungguh betul 2 orang cucu sulung Tokbah Tokmi tu makan. Dengar kata menambah makanan banyak round jugak. Alhamdulillah selera makan tinggi, tak kena paksa makan. Bestnyaa! Walaupun MamaDa tak ada di situ, boleh bayang suasana nya yang best. Walaupun MamaDa ni "introvert" (celah mana introvert), MamaDa suka duduk tempat orang ramai.
Abdullah Abbas pun berdikari betul di rumah orang. Besar sudah anak saudara ku. Okay, saya tak sabar sangat nak balik rumah! InsyaAllah esok malam saya akan bertolak balik dengan bas bks. Tadi saya exam last paper, subjek method taasl Alhamdulillah. Doakan agar cuti ni jadi cuti yang bermanfaat buat diri saya sendiri dan semoga saya dapat berbakti untuk keluarga di rumah, Allahumma Amin. Okay bye, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment