Saturday, 4 April 2026

He's back (into my life)

 Assalamualaikum.

Kalian tahu tak, masa saya umur 14 tahun.. Saya ada minat sorang penyanyi Inggeris ni. Minat sangat-sangat. Seluruh ahli keluarga saya tahu pasal tu. Dia tak terkenal pun, saya pun tak tahu macam mana saya boleh terlalu minat dulu haha. Namanya Declan Galbraith. Saya suka dan ikuti perkembangan dia sampai saya tingkatan 5. Tapi malangnya, lepastu tak ada apa-apa berita pasal Declan. Saya cari punya cari tak ada, mungkin dia dah tak jadi penyanyi. Walaupun begitu, saya tak pernah lepas berdoa untuk dia, semoga Declan hidup dengan baik, dengan bahagia, dan semoga dia masuk Islam suatu hari nanti.

Tapi 2 hari lepas, saya teringat dekat Declan. Lepas tu saya sajalah suruh Adik cari dalam google pasal Declan. Adik saya kata dia ada instagram! Dan agak aktif post semenjak dua menjak ni. Allahu terkejut saya. Saya pun carilah instagram dia dan scroll. Alhamdulillah nampak macam dia hidup dengan baik, ada studio sendiri, cara bercakap masih sopan macam dulu haha. Tak rosaklah orang kata. Dia nampak enjoy jalani hidup secara sederhana Alhamdulillah. Yang paling penting, dia aktif sokong PALESTIN masyaAllahh. Allah makbul doa saya, sekarang tinggal doa semoga dia masuk Islam je hihi. 

Kalian doakan Declan Galbraith tau. Doakan juga semoga kita semua yang dah Islam ni istiqomah berada di jalan yang diredhai Allah, dan semoga Allah bimbing kita dalam setiap pilihan dan tindakan yang kita ambil dalam hidup ni, Allahumma Amin.

Little Declan!

Wednesday, 1 April 2026

Lovely Me

 Assalamualaikum.

Kakak-kakakku, tolong jangan kecam saya. Saya tak tulis blog bukan sengaja, tapi memang teda mooood betul. Tapi disebabkan hari ni hari istimewa, saya cubalah juga cari kerajinan dan mood untuk mula balik tulis blog. Kalian tahu kah hari ni hari apa?😌 24 tahun lalu pada tarikh yang sama iaitu 1 April, lahirnya seorang bidadari yang cantik lagi manis lagi jurus (saya la tu).

Alhamdulillah Allah masih bagi saya hidup dengan baik, disayangi orang tersayang, walaupun tiada development dalam hidup keduniaan ni. Iyalah lain orang lain dia punya jalan hidup. Saya cuba enjoy the journey,, ceyy. Tapi biasalah, bila diri dikuasai syaiton, datanglah fikiran yang tidak baik. Bila tengok kawan-kawan sudah kerja duit kepok2, rasa macam... tidak bergunanya aku ni. Belum dapat bagi duit kepada Abah Umi, internet pun masih Abah yang bayarkan. Haha. Begitu ceritanya.

Tapi sebenarnya benda tu bukan masalah pun. Aishh kamu yang terlalu negatif Syahadah! Kan baru habis belajar, biasalah belum ada kerja tu. Lagipun Abah Umi lebih daripada mampu untuk jaga makan minum dan kehidupan kamu buat masa sekarang ni. Bukannya selamanya macam ni, kan memang tengah dalam proses tunggu YIK. Tapi sementara tu, saya ada pergi interview untuk mengajar Sriti, dan Alhamdulillah dapat. InsyaAllah start minggu depan. Doakan saya dapat bekerja dengan baik dan dipermudahkan segalanya.

By the way, Allah selamatkan kamu~~ Allah selamatkan kamu~~ Allah selamatkan Nur Syahadah~~ Allah selamatkan kamu~~ Hehe. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat, dan ampunkanlah  segala dosa dan kelemahan imanku selama ini. Okay semua, bye Assalamualaikum.

He's back (into my life)

 Assalamualaikum. Kalian tahu tak, masa saya umur 14 tahun.. Saya ada minat sorang penyanyi Inggeris ni. Minat sangat-sangat. Seluruh ahli k...