Sunday, 2 February 2025

Inilah Kenyataan

 Assalamualaikum.


Hmm emo sekejap hari ni sebab video call tidak diangkat, wasap tidak dibalas. Benar lah bahawa akhirnya kita hanya ada Allah. Tiber haha. Okay seriyes! Tak kira serapat mana kita dengan mana mana orang, dia tak selamanya akan ada dengan kita, atau ada untuk kita. Mereka ada kehidupan sendiri jugak. Sebagai contoh, serapat dan sesayang mana ibu bapa kepada anak anak, akhirnya anak itu akan membawa diri dan ada kehidupan dia sendiri. Serapat mana kita dengan adik beradik, akhirnya mereka akan pergi bersama keluarga mereka sendiri. Kawan apatah lagi. Setiap orang akan disibukkan dengan hal mereka sendiri. Faham ke tidak point saya? 

Jadi, akhirnya Allah saja yang kita ada. Nak mengadu, nak bercerita, nak meminta, nak bersandar, nak menangis, hanya kepada Allah saja yang selayaknya kita buat semua tu. Kalau rasa sunyi, kita sibukkan diri dengan mengingat Allah. Sebab Allah semestinya ingat kita. Jadi, jomlah kita jadi hamba Allah yang diredhai dengan mengingat Allah setiap masa. Sama ada waktu sunyi, sedih atau waktu gembira. MasyaAllah mode Ustazah petang ni😌 

InsyaAllah esok saya akan keluar dengan geng Ohanat untuk beli carrot dan buah-buahan lainnya, dan juga untuk makan ais krim yogurt InsyaAllah. Ainin pulak nak beli alat mandian yang sudah habis. Yang lain sebagai peneman. Saya sudah minta izin Umi untuk keluar esok. Doakan keselamatan kami! Okay bye, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Abdul Hadi