Assalamualaikum.
Tahu tak apa perbezaan antara percaya dan yakin? Mari saya bagitahu. Kalau seseorang tu percaya sesuatu, belum tentu dia yakin lagi. Percaya ni begini...seseorang bagitahu kita yang dia pemanah tepat. Kita tak percaya lagi sebab tak ada bukti. Dia pun bawa sijil sijil pencapaiannya yang mengatakan dia tu pemanah yang memang hebat. Sijil tu siap ada cop pengarah memanah Kebangsaan contohnya. Kita pun percaya lah sebab memang ada bukti kukuh. Tu adalah percaya, tapi belum sampai tahap yakin lagi.
Lepas tu, pemanah tu nak tunjukkan kebolehan dia..dia minta sesiapa untuk volunteer letak sebiji epal atas kepala..dia nak panah epal tu. Kalau orang takut untuk buat macam tu, maksudnya orang tu tak yakin. Dia sekadar percaya sebab ada bukti. Tapi kalau ada yang volunteer untuk dipanah epal atas kepala, maksudnya orang tu memang yakin akan kebolehan pemanah tu.
Kita boleh cek diri kita sama ada kita yakin ke tak dengan Allah, atau kita sekadar percaya. Contoh keyakinan kepada Allah adalah seperti kisah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tinggalkan anak dan isterinya berdua sahaja di padang pasir yang tandus atas perintah Allah, dengan tak ada sumber makanan dan minuman di tempat tu. Kalau orang yang tak yakin, dia akan teragak agak untuk tinggalkan keluarga macam tu. Macam mana kalau mati bini dan anak tu..Tapi keyakinan Nabi Ibrahim terhadap Allah sangat tinggi.
Memang susah untuk capai macam tu, tapi kita kena sentiasa terapkan keyakinan terhadap Allah dalam hati. Kena sentiasa bagitahu dan ingatkan hati kita yang kuasa Allah tu meliputi segala sesuatu. Rezeki kita Allah yang tentukan dan kurniakan. Kita kena patuh perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah, dan yakin lah bahawa apa yang Allah dah tetapkan untuk kita pasti akan datang. Kita punya usaha untuk capai sesuatu tu jangan sampai langgar perintah dan larangan Allah.
Semangat semua! Jom kita jadi hamba Allah yang berusaha dengan cara yang Allah redha dan sentiasa tawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua keadaan. Semua ilmu di atas saya dapat waktu ta'lim bersama keluarga, Alhamdulillah. Semoga kita dan semua orang tersayang kita sentiasa diberi kebaikan dan kebahagiaan di dunia ini dan mencapai syurga firdaus di Akhirat kelak, Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment