Sunday, 22 January 2023

A Walk With Nasihah aka Haha

 Assalamualaikum.

2 hari lepas, iaitu pada hari Jumaat, saya jalan jalan keliling UIA dengan Nasihah. Kami mula jalan pukul 6 petang. Mula mula ingat nak jalan keliling tasik tu, tapi muncul idea di kepala untuk jalan jalan keliling UIA. Sebab baru sekali saya pusing uia, tu pun bukan dengan Nasihah. Best sangat tahu tak! Kami jalan lambat lambat sebab nak nikmati keindahan pemandangan dan kesejukan udara. Sambil jalan sambil bercakap. Ramai ramai kawan di sini, saya rasa paling selesa dengan Nasihah. Yang lain pun selesa juga, tapi kalau dengan Nasihah saya boleh jadi diri sendiri..gittew dek. Sebab dia macam faham perangai saya. Tapi mestilah ada hadnya kan. Walaupun selesa, saya tak masuk dalam perut pun. Apapun Alhamdulillah Allah hantarkan dia jadi kawan saya. 

Sepanjang kami jalan tu, ada sedikit malu sebab ramai juga lelaki joging waktu tu. Bukan malu gedik tu, tapi malu sebab sikit je perempuan. Tapi kami ikhlas nak round UIA, Allah saja tahu hati kami. Lepas tu kami masuk jalan kuliyyah ICT. Saja je lalu. Situ tak ada orang joging. Lalu situ tembus jalan ict yang dekat dengan mahallah kami tu. Kami singgah KOE jap untuk rehat. Haha suka hati je, buat macam kuliyyah sendiri. Rehat rehat minum air sambil berbual. Masa tu dah pukul 7. Kami pun pergi cafe Hafsah untuk beli burger dan yongtaufoo tanpa kuah. Yongtaufoo tu untuk makan dengan megi jap lagi. 

Malam tu, kami buat ramen cheese makan dengan yongyaufoo dan burger. Sedap betul! Kami makan sambil tengok cerita hindustan. Padahal masa tu conclusion bookreview tak siap lagi. Sekarang dah siap Alhamdulillah. Cerita hindustan tu pasal cinta dan pembunuhan. Agak menakutkan saya ya. Cerita tu psycho. Tidak mau cerita, tengoklah sendiri. Tapi lupa nama cerita, nanti saya tanya Nasihah. Okay bye Assalamualaikum.



Cantik sangat kan! Langit paddle pop💃

1 comment:

  1. Astaghfirullahal azim...Nama bukan main cantik maksud dia, panggil Haha juga. Ya Allah~

    Jangan begini wahai adikku. Muhasabah diri lah. Tiber.

    Bye!

    Apa nama cerita hindustan tu? Dari haritu kau nak bagitahu, tiada kau bagitahu juga.

    ReplyDelete

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...