Monday, 16 January 2023

Berukhwah Islamiah ke Raub🌟

 Assalamualaikum.

Saya celah celah masa untuk buat blog ni. Begitu. Sibuk bebeno. Disebabkan ada request untuk buat blog pasal pergi Raub hari tu, saya kena buat la ni. Femes betul. Request from my 29 years old- sister. Begini, hari Sabtu hari tu, saya, Abecik, Kakcik dan 2 orang adik Abecik iaitu Abe Nuar dan Abe Haikal, kami pergi ke Raub untuk melawat keluarga angkat Abecik Kakcik. Keluarga angkat ni terhasil daripada program club Akhi beberapa tahun dulu. Saya boleh kata kami punya lawatan ke Raub ni sangatlah best. Memang atas kereta tu agak pening, tapi berbaloi lah. Lagipun, masa duduk atas kereta tu saya terhibur dengan celoteh adik adik Abecik. Mereka tu random betul haha. 

Okay, kami bertolak dari UIA dalam pukul 8 lebih pagi. Pastu berhenti di kedai Lemang To'ki. Tapi saya makan nasi berlauk saja, tak makan lemang pun. Lepas tu kami berhenti di pasaraya di Raub tu untuk beli barang untuk diberi kepada keluarga angkat. Mula mula pergi rumah Opah tapi tak masuk pun rumah. Ambik Opah pergi rumah MamaSab iaitu mak angkat Abecik. Pergi berbual bual dengan Mek iaitu toktuo MamaSab. Mek tu orang Kelantan. Jadinyo kecek kelate lah kito. Tok ingat doh kato duk di Pahang. Duk situ sampai pukul 12 lebih. Lepas tu gi rumah Umi Yah pulak iaitu mak angkat Kakcik. Tapi gi masjid Tok Machang dulu tunggu Umi Yah mari ambik. Sebab rumah dia atas bukit tak boleh naik dengan kereta biasa, Hilux boleh. Saya suka sangat suasana rumah Umi Yah tu. Sekeliling dia memang berbukit dan dipenuhi dengan tanaman yang menghasilkan buah. Wahh memang rumah idaman. Kami makan buah durian dan betik. Banyak betul buah durian di rumah dia. Memang dia jual pun. Siap ada musang king lagi tapi kami tidak sempat merasa. Memang hari tu kami makan durian sepuas hati sungguh sungguh. Kecuali Kakcik🌚

Dalam pukul 2 lebih tu kami pun hantar Opah balik rumah untuk solat dan kami pula ke masjid. Lepas tu kami kembali lagi ke rumah MamaSab untuk menjamu selera hehe. Kesian Opah lapar daripada tadi lagi. Walaupun Opah cakap tak lapar, saya dapat rasakan yang Opah sebenarnya lapar. Haha. Opah datang rumah MamaSab dengan motor. Sedap betul kami makan di rumah tu, di tepi kolam ikan darat. Makan outdoor lah ni. Lepas tu MamaSab bubuh budu untuk saya sebab saya tak makan ulam kalau tak ada budu. Abe Nuar kata, "Pekat Kelantan betul lah kau ni". Haha. Mesti dia tak faham ada apa dengan budu. Saya pun tak faham macam mana pisang goreng boleh cicah kicap.😌

Saya terharu sebab mereka ingat Abecik Kakcik. Ada kebaikan rupanya program club ni. Boleh buat hubungan baik sesama Islam. Walaupun tak ada pertalian darah. Yang lagi terharu nenek angkat dan mak angkat orang lain pun ingat Kakcik. Haha. Punyalah extrovert kakak ku sorang ni. Mereka punya hubungan tu macam dia pulak yang anak angkat. Padahal MamaSab tu mak angkat Abecik, Opah nenek angkat kawan dia. Apapun saya tumpang terharu. Dan layanan mereka sangat baik. Mereka nampak sangat ikhlas menyambut kami. Nanti saya besar, saya nak melawat mereka lah. Kalau mereka tak ingat saya tak apa, yang penting saya ingat. Okay bye Assalamualaikum.











2 comments:

  1. Wah bestnya! Banyaknya pengalaman kau! Mesti rasa macam nak ada keluarga angkat juga kan. Tapi keluarga angkat orang Sabah. Hiks.

    ReplyDelete

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...