Sunday, 22 January 2023

Surrounding yang Baik🫶🏽

 Assalamualaikum.

Saya dah siap semua assignment, cuma video phono je tak hantar lagi. Sekejap lagi lah. Saya nak cakap pasal surrounding ni. Keadaan sekeliling kita penting sangat untuk diri kita. Siapa kita berkawan, apa yang kita belajar, keadaan keluarga kita dan sebagainya. Benda tu sedikit sebanyak membentuk diri kita. Setuju ke tidak? Haha. Sekali sekala nak juga kongsi benda baik. Ya betul surrounding tu sangat penting. Lagi lagi untuk orang yang mudah terpengaruh macam saya. Alhamdulillah Allah hadirkan dalam hidup saya orang orang yang baik, soleh, solehah dan mendorong saya untuk jadi baik juga.

 Pertama, keluarga saya sendiri. Terima kasih Abah Umi kerana bagi didikan agama yang sangat kukuh kepada kami. Abah Umi sangat utamakan agama. Dan memang patut begitu pun. Saya saja yang kadang kadang terlalai dengan dunia. Setiap kali saya terlalu ralit dengan benda yang menghanyutkan, saya jadi teringat Abah Umi. Abah Umi dah didik dengan didikan yang bagus, takkan saya nak mengkhianati kepercayaan mereka. Dan Alhamdulillah Allah bimbing hati saya kembali. Allah juga anugerahkan kepada saya seorang Adik yang sangat bagus dan soleh.  Dia sentiasa mengingatkan saya untuk berada di jalan yang betul dan sentiasa menegur dan betulkan apa yang saya salah. Terima kasih atas nikmat ini ya Allah. Begitu juga adik beradik yang lain, bukan Adik saya sorang saja. 

Dari segi kawan pula, saya perasan kawan kawan saya tak ada pun yang tak bagus. Kalau dalam kelas tu semua tudung labuh labuh. Mereka ni sangat positif dan berkawan dengan semua. Kiranya tak ada yang tersisih pun. Pergaulan dengan lelaki pun kurang. Ada dua tiga orang je yang biasa berkomunikasi dengan lelaki, tu pun untuk cakap benda penting. Saya ada seorang kawan ni, dia kos ISED. Saya satu kelas dengan dia kelas Philosophy. Kami kawan tapi tak rapat pun, kalau jumpa mana mana memang tegurlah tapi. Tapi, saya suka sangat tengok dia. Tengok dia buat saya rasa nak jadi bagus dan tinggalkan semua perkara yang sia sia. Saya rasa memang Allah kenalkan saya dengan dia supaya dia jadi contoh yang baik kepada saya.  Namanya Khaleda. Orang baik kita bagitahu jelah nama kan haha. Saya bersyukur Allah bagi saya kenal dengan orang macam dia. Semoga Allah pelihara keimanan Khaleda dan seluruh ahli keluarga dan semoga Allah kurniakan segala kebaikan di dunia dan di Akhirat terutamanya, Allahumma Amin. 

Ya Allah, peliharalah iman kami semua. Jadikanlah kami hambaMu yang istiqomah berada di jalan yang Engkau redha. Ampunilah segala dosa kami semua, bersihkan lah hati kami, buanglah segala sifat buruk dalam hati kami, lindungilah kami dari segala perkara yang dapat mengancam keimanan kami. Permudahkanlah segala urusan kami semua dan Engkau kurniakanlah segala apa yang terbaik buat kami semua di dunia dan di Akhirat. اللهم آمين

2 comments:

  1. Alhamdulillah...Rezeki kan dikelilingi orang yang baik. Syukuri nikmat Tuhan~ *inteam

    ReplyDelete

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...