Assalamualaikum.
Abdul Hadi dan Muhammad Wildan ialah anak saudara saya yang sebaya umur mereka. Perbezaan dua bulan saja. Sekarang mereka umur setahun lebih dah Alhamdulillah. Yang nak dihighlight di sini adalah mereka sedang berada di fasa yang sangat kiuttt sekarang. Perangai mereka berdua berbeza, tapi masing masing adorable dengan cara tersendiri.
Abdul Hadi, kita sedia maklum bahawa dia seorang yang sangat introvert dan pendiam. Walaupun begitu, Abdul Hadi ni sangat tegas pendiriannya, tak mudah menyerah. Dia akan fight untuk dapatkan hak dia. Haha. Fight dengan perbuatan lah, mulut tak bukak. Tapi sejak akhir akhir ni dia sangat manja. Mungkin dia dah semakin selesa dengan kami semua. Best sangat sebab saya dah boleh bawak Abdul Hadi jalan jalan petang bersama anak anak saudara yang lain.
Muhammad Wildan pulak, mulut sentiasa berbunyi. Haha. Tak tahu lah apa yang disampaikan sebenarnya. Muhammad seorang yang sangat ekspresif dan happy go lucky. Jarang nampak tak sengih. Kalau tengok muka dia, boleh dikatakan hilang rasa penat dan sedih kita. Agittew. Seingat saya dulu Muhammad tak adalah manja sangat, tapi sekarang semakin manja. Mungkin sebab dah ada adik. Selalu juga dia minta dukung. Uniknya Muhammad ni, dia sangat suka memasak. Bagi kuali dengan senduk, let him cook🔥
Semoga Abdul Hadi dan Muhammad Wildan membesar jadi insan yang beriman, juruh, berakhlak mulia, bijak, cemerlang, hensem, sedap mata memandang, jadi anak yang soleh kepada Abi Umi, Abah Umi, berjaya dan bahagia dunia Akhirat, Allahumma Amin. MamaDa sayang kalian💓
No comments:
Post a Comment