Assalamualaikum.
Alhamdulillah week 1 done. Sepanjang minggu pertama ni saya masuk relief 4 kelas. 2 Cempaka, 3 Kenanga, 4 Delima dan 1 Cempaka. Seperti yang saya ceritakan di blog sebelum ni, kelas 2 Cempaka saya tak mengajar pun. Saya cuma buat taaruf dan tanya suka atau tidak bahasa Arab and why. Saya tak suka vibe kelas pertama tu sebenarnya sebab saya masih ada unsur unsur awkward. Tapi start dengan kelas 3 Kenanga tu, saya rasa enjoy masuk kelas.
3 Kenanga. Nampak macam budak budak nakal kan? Tapi memang nakal pun haha. Nakal manja gitu. Baik sangat mereka ni lagi lagi group pemenang di atas ni. Mereka ni kelas ketiga. Sporting betul bila saya suruh buat aktiviti. Saya minta mereka bentuk group dan beri mereka latihan bahasa Inggeris. Lepas tu buat correction sama sama. Lepas tu ada pertandingan baca soalan dan jawapan dengan semangat. Group di atas ni menang sebab mereka semangat dan sporting.
Keesokan harinya, cepat je mereka claim hadiah haha.
Kelas 4 Delima. Kelas ni pun sporting, kecuali seorang. Yang sorang tu taknak join game. Saya ada bagi dia pilihan ke untuk join ke taknak? Hang suka ka, hang tak suka ka, hang kena suka! Okay. Last skali saya suruh dia jadi pelakon di hadapan kelas. Dia kena buat lakonan yang bersesuaian dengan perkataan bahasa Arab yang di hafal oleh kawan kawan dia yang lain. Yang lain kena teka perkataan apakah yang dilakonkan tu. Bersambung....
No comments:
Post a Comment