Assalamualaikum.
Day 3, cari saya😸
Kali pertama saya berhadapan dengan budak budak sekolah sebagai guru. Pagi tadi saya join perhimpunan pagi. Ada mengaji, 5 minit speech dari student tentang kesedaran anti-dadah dan ucapan guru-guru. Katanya minggu depan ada jpn nak datang tengok sekolah dan dia akan uji student pasal hadis 40 Imam Nawawi dan tengok adab student. Mungkin jpn bahagian agama lah kot, tak tahu.
Masa perhimpunan, saya duduk atas kerusi di depan bersama para guru. Sukar dipercayai. Tertengok mata budak di depan terus berdegup jantung haha. Maklumlah saya pun budak jugak. Tadi jugak saya ada bercakap dengan ketua pelajar sekolah ni untuk bertanya tentang waktu free dia, sebab saya nak interview untuk report. Namanya Faris Daniel. Alhamdulillah sopan santun orangnya, patutlah jadi ketua pelajar.
Lepas perhimpunan tulah saya relief kelas, 2 Cempaka. Comel betul mereka. Mereka macam faham yang saya ni bukan berjiwa cikgu betul lagi. Mereka bagi kerjasama masa saya minta taaruf tu. Saya cuma tanya nama, suka atau tidak bahasa Arab dan kenapa. Waktu untuk mengajar tinggal sikit je masa tu, sebab tu tak sempat buat apa apa aktiviti. InsyaAllah minggu depan saya nak jadi better dalam semua segi. Semoga aktiviti yang akan dilakukan akan menarik minat mereka dan tak membosankan.
Doakan saya ya, Kakcik Kaksya dan semua orang yang baca blog ini. Okay bye, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment