Monday, 5 August 2024

The Next Day

 Assalamualaikum.

Bagi saya kemarin lagi okay daripada hari ni. Hari ni awal awal lagi stress dengan tudung. Saya sangat serabai hari ni. Setiap pagi guru guru sepatutnya pergi dewan untuk mengaji, tapi saya tak tahu. So, pagi tadi saya tersadai di bilik guru. Kesimpulannya, hari ni saya terperuk di bilik guru saja. Buat report dan sekarang buat blog. Sekarang dah pukul 1 lebih. Tadi saya bawak bekal dari rumah yang Umi masak, iaitu ayam pedas. Pedas dan sedap sangat! Tadi cikgu cikgu ni ajak saya makan pencuci mulut durian di bilik guru ni. Saya onzz je. Untuk pengetahuan, saya belum jejakkan kaki ke kantin lagi sepanjang 2 hari ni. 

Tadi sepatutnya saya kena relief kelas pukul 12.55 sampai 1.25. Saya dah excited sangat dan ready dengan bahan bahannya. Sampai waktunya, saya tengok kelas 3 Cempaka tu ada cikgu dalam kelas. Saya pun tunggu punya tunggu. Tak keluar jugak. Saya pun bagitahu Ustazah Dah. Ustazah kata takpelah, esoklah relief. Saya berulang kali naik turun tangga sebab nak tengok takut takut cikgu tu keluar. Tapi tak ada rezeki saya relief hari ni. Saya rasa tak berguna sekarang ni. 

Hari ni Nasihah dan Ibby start ROS. Selamat maju jaya lah kepada mereka. Saya harap cepat cepat ROS ni berlalu, saya nak pergi Umrah😭. Okay bye, Assalamualaikum.

Minah Yen off to school (Abah hantar)

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...