Assalamualaikum.
Friday, 31 May 2024
Integrity Week 2024
Monday, 27 May 2024
Tajhiz Jenazah
Assalamualaikum.
Sambutan Hari Guru KOED 2024
Assalamualaikum.
Friday, 24 May 2024
Kaison bersama Kakcik
Assalamualaikum.
Saya letih sangat sekarang tapi excited nak bercerita. Petang tadi saya pergi Melawati Mall sorang sorang dari UIA. Rancangan nya nak berjumpa dengan Kakcik kat sana. Kakcik pula dari UM sebab ada program berkaitan phd. Masa saya sampai, Kakcik belum sampai lagi. Jadi, saya pergi beli dan nikmati yao yao dulu. Kali ni saya beli ais krim yogurt plain je, tak bubuh topping.
Lepas tu baru Kakcik sampai. Kami pun pergi Kaison untuk beli cadar baru untuk Zahratul Iman dan Abdurrahman Zakwan. They are coming InsyaAllah! Hmm bila masuk tempat tu, lupa dah tujuan utama nya apa. Benda lain yang diterkam dulu. Banyak sangat barang yang Kakcik beli untuk mereka. Antaranya, topi, cermin meja, sikat rambut, selimut, sarung bantal, tuala, bantal bulan dan awan dan sebagainya. Cadarnya tak beli.
Saya pula tersangkut hati dengan teddy dog yang sangat comel. Saya memang nak beli sangat sangat. Saya pun call Adik untuk minta fatwa dan hukum memiliki anak patung binatang. Adik kata boleh, sebab kita beli tu bukan untuk puja atau agung agungkan, tapi untuk peluk tidur malam malam (dan sebab comel sangat). Saya happy sangat masa tu. Tapi Umi kata tak payah. Saya sangat kaciwa sebenarnya sebab Umi tak bagi. Tapi kita kena akur dengan larangan dan nasihat Umi. Adalah tu hikmahnya😿. Tapi agak tidak baik lah mood saya lepas tu.
Lepas tu saya nampak anak patung Husky pulak. Allahu kiut sangat sangat. Wajahnya bagai meminta minta dibeli haha. Tapi memang tak lah nak beli yang tu, dahla besar. Dan terlalu jelas keanjingannya. Saya pun beli sticker anjing je. Sedikit sebanyak mengubat kecewa di hati. Lepas solat Asar, kami makan di kedai mi hiris. Mi hiris ni restoran cina muslim. Sedap sangat mi hiris dia! Memang taste saya.
Keseluruhannya best lah round round Kaison. Terlalu banyak benda comel. Cuma masa nak balik tu terseksa sikit sebab beg nya lagi besar dan berat daripada biri biri. Alhamdulillah Allah masih sayangkan bahu saya. Terima kasih ya Allah. Okay bye Assalamualaikum.
Thursday, 23 May 2024
What Has Happened to Me?
Assalamualaikum.
Seperti yang diketahui, sebelum ni saya biasa biasa saja dengan binatang. Tak fanatik, tak benci. Bila jumpa kucing di mana mana, saya sekadar tegur 'Hai!'. Tapi..entah aapa yang merasuki ku~~ Semenjak dua menjak ni saya sangat suka kucing, anjing dan binatang yang sewaktu dengannya. Kalau nampak kucing, saya cenderung untuk sentuh, belai, picit, geletek dan berbual bual dengan mereka.
Di youtube pula, asyik keluar video anjing dan segala binatang lain juga. Saya tak pernah skip pun video video tu. Kadang kadang sampai nak menangis sebab I want to own that animal so bad. Bila berinteraksi dengan binatang binatang ni, saya rasa hati saya penuh dan bahagia sangat. Tak tahu nak describe macam mana perasaan tu.
Saya rasa binatang ni ada perasaan kasih sayang jugak. Lagi lagi anjing. Tapi memang ujian lah untuk umat Islam sebab anjing haram dipelihara, melainkan untuk tujuan keselamatan. InsyaAllah di syurga nanti akan ada nikmat yang terpaling nikmat untuk kita semua atas kesabaran ini, Allahumma Amin. Tak apa, kucing kan ada. Tak sabar nak balik jumpa Jidin and the gang. Okay bye, Assalamualaikum.
Wednesday, 22 May 2024
Perbezaan Personaliti
Assalamualaikum.
Tuesday, 21 May 2024
SERIOUS:❗❗❗KAKCIK TOKLEH BACA❗❗❗
Assalamualaikum.
Tadi masa tengah kelas online fiqh usrah, kami berenam berkampung di dalam OR Cyat. Tak ada orang lain, kami berenam saja. Tengok tengok ada haiwan peliharaan Ajwad kat dalam tu, iaitu emste. Kiut sangat!!! Sorry kat sini kena cakap berlapik sebab takut Kakcik terbaca jugak. Kalau Kakcik trauma, sayalah yang salah😬.
Ada 2 ekor. Nama Mocha dan Latte. Namanya bersesuaian dengan warna. Tahu tak nama kucing saya di rumah pun Latte jugak. Ishh Ajwad ni tiru saya ea. Takpe saya maafkan😌 (Gurau jerr, jangan marah). Saya paling suka bila si emste ni duduk dalam bola dia. Comel sangat😭 Bila dia lari lari, bola tu bergolek. Jenuh nak kejar.
Nasihah pandai betul main dengan binatang tu. Saya pula geli nak pegang mula mula, tapi bila dah duduk atas tangan kita, okay je dia. Tapi binatang ni tersangatlah aktif. Kena ada kawalan ketat, macam jaga budak kecik. Dengar kata emste Ajwad yang sebelum ni mati bunuh diri. Semoga dapat jaga Mocha dan Latte ni baik baik, jangan sampai mereka depression.
Aktafi bi hazal qodr. Bye Assalamualaikum.
Monday, 20 May 2024
"Us Time" with Mastura
Assalamualaikum.
Morning Bus🚌
Assalamualaikum.
Pagi tadi saya ada kelas ungs pukul 8.30. First time saya naik bas pagi untuk ke kelas tu. Sebab Amalina ajak naik skali tadi. Selalunya saya akan berjalan kaki. Sebab tu selalu sampai lewat kelas. Buat tebal muka setiap kali masuk kelas lewat. Pagi tadi sampai tepat pukul 8.30 Alhamdulillah.
Nak ceritanya, beberapa minit pertama naik bas tadi dah macam ikan sardin. Budak budak berdiri sampai ke pintu bas dan berhimpit dengan pakcik bas. Hampir hampir saja saya ambik alih drive tadi. Punyalah ramai kan. Masa sampai di bustop depan celpad, ramai sangat turun. Masa tu baru kami ada tempat untuk duduk. Kami pula turun di bustop Safiyyah sebab kelasnya dekat irk, so dekat saja.
Lepas kelas tu, saya beli nasi bungkus di evoke. Malu betul masa dekat kaunter bayar tu. Saya bukak go bank islam untuk bayar qr. Tapi dia loading lama sangatt. Baru nak act cool di situ. Terpaksa lah saya raba raba dalam beg cari duit cash. Lepas tu, saya pun keluar dari evoke tanpa pandang sesiapa pun. Saya harap saya tak nampak kalut tadi. Macam mana nak jadi orang yang tenang?!😭
Lepas tu saya video call Umi tadi untuk bercerita segala sesuatu. Rindunya nak balik. Doakan saya semangat ya! Semakin lama semakin lari tajuk pula. Hihi. Okay bye Assalamualaikum.
Sunday, 19 May 2024
FreeQuranEducation
Assalamualaikum.
Saya ada jumpa channel youtube yang best dan bermanfaat. Namanya FreeQuranEducation. Video dia semua pasal kisah kisah dalam AlQuran, peristiwa dalam hadis, keadaan akhir zaman dan ada juga ceramah ustaz ustaz. Tapi dia buat video dalam bentuk kartun. Menarik sangat bagi saya. Bukan budak kecik je yang akan suka, gadis muda yang kiut dan wangi macam saya pun suka😻.
Ada satu video yang dia buat tu, setiap kali saya tengok mesti nangis sebab terharu. Kisahnya, seorang lelaki yang soleh ni, dia layan lelaki "jahat" dengan baik sekali. Lelaki tu jenis lagha, rambut terpacak ala ala gangster gitu. Tapi si soleh tu layan dia baik sangat sangat. Sampai si punk tu tersentuh dan lembut hati nak berubah. Terharu tengok. Sebab tu pentingnya akhlak yang baik.
So, kalau boring tak tahu nak buat apa, tengoklah video video tu. Bermanfaat dan enjoy! Hihi. Bye Assalamualaikum.
Saturday, 18 May 2024
Sedarlah Wahai MamaDa
Assalamualaikum.
Tadi saya ditegur oleh Umi sebab boros berbelanja di shopee. Umi suruh gugel apa tu keperluan, apa itu kehendak. Mentang mentang dah pandai online banking sekarang. Ada saja "to ship" dan "to receive" di shopee tu. Ya Allah!! Macam mana saya nak tahan diri daripada membeli. Masalahnya, saya belum ada sumber pendapatan pun lagi. Duit yang ada tu hanyalah "duit bertahan". Kemungkinan untuk bertambah itu tiada, tapi untuk berkurang tu sangat mungkin.
Saya cuba sedaya upaya untuk beli barang yang murmur. Tapi kalau dah hari hari beli, sikit sikit lama lama jadi bukit. Maka berbukitlah duit keluar. Tadi baru je saya order buku "Terusir" tulisan HAMKA. Okay, InsyaAllah ini adalah barang kehendak yang terakhir saya beli di Shopee. Patut ke saya kerja sambilan? Saya beli barang tu bukan untuk bermewah, tapi saya memang boring dalam bilik. So, saya belilah buku untuk baca. Kalau ada orang nak bagi buku free kepada saya, maka saya takkan beli pun di Shopee tu.
Ya Allah bantulah aku. Saya baru kenal diri sendiri. Boros rupanya aku. Ingatkan Kakcik Kaksya je boros😌. Okaylah, bye Assalamualaikum.
Review Buku: Aku Darah Anak Malaysia (ADAM)
Assalamualaikum.
Mengenang Kembali
Assalamualaikum.
Semalam dalam pukul 11 lebih, saya berwasap dengan Kaksya bertanyakan tentang Muhammad. Alhamdulillah nampak Muhammad tidur dengan nyenyak sekali. Kami berwasap agak panjang, sampai ter "throwback" pasal hidup kami masa pkp. Rasanya boleh masuk part tu sebab kami tengok video Iman Abdurrahman masa kecik.
Kami teringat balik keadaan kami masa tu. Boleh kata tempoh tu adalah moment paling best dalam hidup. Terperangkap dalam rumah, tapi benda tu buatkan kami lebih rapat. Banyak aktiviti kami buat sama sama, lagi lagi kami tiga beradik. Syaaa Daaa Dikkk~~~ SyaDaDik! Setiap hari ada saja game yang kami main. Game paling famous adalah main kertas.
Kononnya yang tertulis dalam kertas tu masa depan kami lah. Kertas ada banyak kategori, suami/isteri, bapa/ibu mertua, tempat tinggal, jiran...pastu tak ingat dah. Mesti kami akan selitkan jugak benda benda yang kami tak suka. Contohnya, tempat tinggal tu akan ada yang tertulis "banglo", tapi akan ada juga "lubang kumbahan". Haha faham tak. Lepas tu kami pilih random dan tengok dapat apa.
Waktu tu kami jarang main telefon. Kami banyak tengok tv sama sama dan record banyak sangat cerita. Antaranya, Blended, Sing, Man Laksa dan sebagainya. Lepas tu, kami minat sangat sangat BtoB masa ni haha. Hampir semua lagu BtoB kami kenal. Lagi lagi Si Shin tu, dia sampai ingat lirik rap setiap lagu kumpulan tu. Waktu tu juga kami banyak gaduh. Gaduh sebab tak tahu nak main apa haha. Ya Allah lucu nya bila ingat balik.
Ha! Masa tu kami suka main teka lagu. Saya selalu kena kecam dan dibenci sebab cover gerakan bibir masa teka lagu. Saya tak cover pun sebenarnya, saya dah buat sepenuh hati. Benda ni juga antara punca kami selalu gaduh masa tu. Tapi semua kegembiraan dan suka duka masa tu berlanjutan sampai awal tahun 2022 saja kalau tak silap. Sebabnya, Kaksya dah dapat posting Sabah dan saya pula kena masuk U face to face.
Sedihnya rasa. Benda tu dirasai sekali tu je seumur hidup. Sekarang semua benda berubah. Berubah dalam kebaikan, tapi bukan dalam suasana yang sama dah. Alhamdulillah sekarang nampak stabil dah semua. Sebab waktu pkp tu Kaksya macam menganggur dan tak ada kerja. Padahal masa tu memang dia student lagi. Sekarang Alhamdulillah sudah bersuami dan ber-anak. Haha.
Semoga Allah terus permudahkan urusan kita semua dan kurniakan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua dan semua orang tersayang, Allahumma Amin.
Friday, 17 May 2024
Sensitip Guel
Assalamualaikum.
Setiap orang mesti ada kesensitifan dalam diri dia kan. Benda yang sensitif untuk saya adalah, bila ada orang muka sama dengan saya. Tak tahu lah betul ke tidak istilah "sensitif" tu, tapi itu adalah benda yang saya tak berapa suka. Dan saya tak suka betul bila orang sekeliling duk cakap muka sama😭. Saya tengok tak sama punnn.
Saya dah berkali kali cakap kat kawan kawan, saya tak suka bila kalian cakap macam tu. Tapi mungkin mereka anggap saya bergurau. Mereka terus memperkatakan benda tu. Sampai tahap saya tak boleh bertembung atau tengok muka sistur tu. Sistur tak bersalah pun. Sebenarnya saya malu. Nanti orang banding bandingkan, muka nak dekat sama tapi sistur tu kemas dan bergaya. Saya ni agak serebeh. Tapi saya dah usaha jadi sekemas mungkin.
Masa sekolah dulu pun ada sorang kakak ni orang kata muka sama dengan saya. Saya redha je kalau betul betul sama, tapi tak usah la sebut sebut😭. Nak cakap pasal sistur muka sama yang dekat koed ni, dia tu orang penting Chegu tv. Hari tu dia tengok saya dan senyum. Senyum yang nampak ikhlas. Tiba tiba masa tu saya rasa bersalah sebab asyik mengelak bertembung dengan dia. Kalau dia tahu ada orang kata muka dia sama dengan saya, apa perasaan dia agak agak? Biarlah taknak fikir!
Harapnya luahan saya ni tak melampaui batas. Okay bye Assalamualaikum.
Thursday, 16 May 2024
Casing Jaman Now
Assalamulaikum.
Rindu My Babies
Assalamualaikum.
Saya nak balik rumah sekarang!! Saya rindu semua orang😭. Lambat lagi saya balik..InsyaAllah 13/6 ni. Semoga semua orang tersayang saya berada dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia. Sunyi betul sekarang. Sekeliling ni meriah je, tapi dalaman ni sunyi. Begitu. Lagi lagi minggu ni tak balik rumah Kakcik.
Mesti dah besar anak anak saudara MamaDa. Tak sabar nak balik dengar cerita pasal sekolah mereka. Entah entah Abdul Hadi pun dah boleh marathon. Adik kata Abdullah dah boleh bercakap jelas. Rindunya ya Allah! Muhammad pula tak sihat sikit di Sabah tu. Semoga Muhammad Wildan sihat walafiat kembali dan Umi nya juga sihat dan semangat. Okay bye Assalamualaikum.
Happy Teacher's Day!
Wednesday, 15 May 2024
Siapa Suruh Ambik Khat🙉
Tuesday, 14 May 2024
Telefon Baru Y'all
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setelah berbulan bulan telefon saya bermasalah, akhirnya saya dapat telefon baru. Tapi saya sangat sayang telefon lama saya. Dia cuma ada satu masalah tu je, iaitu suka mati tiba tiba, tidak kira masa dan tempat. Kita hidupkan balik, beberapa saat kemudian dia mati balik. Saya anggap remeh je benda tu sebelum ni, tapi bila dia mati tiba tiba masa tengah crucial, saya rasa memang perlu tukar telefon. Benda lain semua elok lagi sebenarnya.
Abecik yang belikan telefon baru untuk saya. Guna duit saya, tapi Abecik yang uruskan pembelian dan hantar kepada saya. Tapi saya rasa saya sangatlah menyusahkan Abecik Kakcik dalam hidup ni. Banyak dah benda Abecik Kakcik buat untuk saya. Saya bersyukur sangat sangat dapat ahli keluarga macam tu. Terima kasih Abecik sebab bersusah payah untuk adik ipar yang tak berperanan penting ni. Haha. Saya tak tahu apa yang saya kena buat untuk balas jasa. Yang saya mampu sekarang hanyalah doa yang baik. Semoga saya dapat berfungsi dengan baik sebagai adik.
Saya suka sangat telefon baru saya. Realme 12+. Saya tak sangka saya akan ada telefon selain samsung. Sekarang tengah tunggu casing tak sampai sampai. Saya serahkan pemilihan telefon kepada Abecik Kakcik sebab saya tak reti menilai. Last skali baru Abecik tanya saya nak yang 12 ke 12+. Saya pilih 12+😌. Semoga pilihan ni adalah yang terbaik, dapat berkhidmat untuk masa yang lama dan saya dapat gunakan untuk buat benda yang diredhai Allah. Allahumma Amin.
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun😝 Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...