Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setelah berbulan bulan telefon saya bermasalah, akhirnya saya dapat telefon baru. Tapi saya sangat sayang telefon lama saya. Dia cuma ada satu masalah tu je, iaitu suka mati tiba tiba, tidak kira masa dan tempat. Kita hidupkan balik, beberapa saat kemudian dia mati balik. Saya anggap remeh je benda tu sebelum ni, tapi bila dia mati tiba tiba masa tengah crucial, saya rasa memang perlu tukar telefon. Benda lain semua elok lagi sebenarnya.
Abecik yang belikan telefon baru untuk saya. Guna duit saya, tapi Abecik yang uruskan pembelian dan hantar kepada saya. Tapi saya rasa saya sangatlah menyusahkan Abecik Kakcik dalam hidup ni. Banyak dah benda Abecik Kakcik buat untuk saya. Saya bersyukur sangat sangat dapat ahli keluarga macam tu. Terima kasih Abecik sebab bersusah payah untuk adik ipar yang tak berperanan penting ni. Haha. Saya tak tahu apa yang saya kena buat untuk balas jasa. Yang saya mampu sekarang hanyalah doa yang baik. Semoga saya dapat berfungsi dengan baik sebagai adik.
Saya suka sangat telefon baru saya. Realme 12+. Saya tak sangka saya akan ada telefon selain samsung. Sekarang tengah tunggu casing tak sampai sampai. Saya serahkan pemilihan telefon kepada Abecik Kakcik sebab saya tak reti menilai. Last skali baru Abecik tanya saya nak yang 12 ke 12+. Saya pilih 12+😌. Semoga pilihan ni adalah yang terbaik, dapat berkhidmat untuk masa yang lama dan saya dapat gunakan untuk buat benda yang diredhai Allah. Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment