Assalamualaikum.
Cepatnya habis buku😭. Selamat tinggal ASP HIlman👮. Ya Allah saya suka sangat sangat buku ni. Dia macam ada unsur tak logik tapi boleh jadi. Buku RAM setakat ni memang macam tu. Ceritanya, Hilman ni masa dia umur 19 tahun, dia ada derma sebahagian hati dia dekat seorang bayi yang sakit. Bayi tu namanya Mia Sara. Benda tu berlalu begitu saja. Hilman pun mendewasa menjadi seorang polis sharpshooter. How cool is that!! Dia kahwin dan expecting first child masa umur 30. Malangnya isteri dia meninggal masa beranak.
Sebenarnya perkahwinan mereka awal awal lagi tak disukai mertua Hilman. Bila bayi yang dinamakan Jeslina itu lahir, mertua tu kata biarlah mereka yang jaga Jeslina buat masa ni. Padahal mereka memang berniat nak ambik terus Jes daripada Hilman. Sekarang Hilman dah berumur 49 tahun. Beberapa kali je dia dapat jumpa anak dia sepanjang waktu tu. Nasib baiklah ada Nor Alia, adik ipar Hilman. Dia bagitahu Hilman yang Jeslina ada di Amerika waktu tu untuk sambung belajar. So, inilah peluang Hilman untuk jumpa dan tatap anak dia puas puas.
Mereka pun bertemu di Amerika. Hilman lega sangat Jeslina still sayang dia sangat sangat walaupun jarang jumpa. Jeslina faham je apa yang berlaku ni bukan kehendak ayah dia. Datuk nenek dia yang nak pisahkan mereka. Mereka happy sangat sangat beberapa hari di Amerika tu. Sampailah mereka accident pada suatu malam di Jambatan Queensboro. Lepas kejadian tu, ujian bertalu talu menimpa Hilman. Dia dituduh memandu mabuk dan menyebabkan kematian seorang pemandu lelaki. Jeslina pula koma. Something fishy sangat kan. Tiba tiba je kena tuduh mabuk. Darah Hilman dikatakan mengandungi kandungan alkohol yang tinggi.
Waktu di Hospital tu dia berjumpa kali pertama seorang wanita bernama Mia Sara. Tapi wanita tu memperkenalkan diri dia sebagai Cik Angel. Mia Sara tak mahu Hilman tahu bahawa dialah Mia Sara yang menerima hati dia dulu. Belum masanya untuk bagitahu. Mia Sara adalah pegawai yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Amerika. Dia bertanggungjawab untuk uruskan kes Hilman dan buktikan yang HIlman tak bersalah. Banyak sangat benda yang berlaku, sampailah Hilman buat keputusan untuk siasat sendiri semua benda. Bila dia tahu dalang di sebalik benda ni, dia dihasut syaitan untuk balas dendam.
Mia Sara tu pulak, memang dah lama suka ASP Hilman. Hati mereka telah lama bersatu. Itu kata kata yang selalu dia sebut. Selama ni dia memang ikut perkembangan Hilman. Dia kecewa bila tahu Hilman dah kahwin dan ada anak. Tapi nampak harapan kembali bila tahu Hilman single balik. Hati dia dengan hati Hilman bagaikan bersambung. Setiap kali Hilman dalam kesusahan, hati Mia Sara akan gelisah. Walaupun dia tak tahu menahu keadaan Hilman. Hati dia akan resah tanpa sebab. Itulah benda tak logik tapi boleh jadi yang saya cakap awal awal tu.
Selebihnya bacalah sendiri hehe. Watak Hilman memang cool sangat bagi saya. Dahla polis, sharpshooter, suami yang setia, ayah yang penyayang dan saya paling suka sebab umur dia haha. Tapi Hilman tak sewarak Saifudin. Hilman banyak kali juga terikut hasutan jahat dalam diri dia. Kadang kadang dia tak boleh kawal marah sebab terlalu geram dengan penganiayaan ke atas diri dia. Ada dua watak favourite saya dalam buku ni. Pertama Hilman ofcourse. Kedua, Haji Imran iaitu ayah Hilman. Sifat dia sangat dekat dengan Saifudin. Tenang, bijak kawal perasaan, sentiasa tawakkal dan bergantung sepenuhnya pada Allah dan sweet sangat dengan bini dia😭.
Kesimpulannya, buku ni best sangat sangat sangat dan sila baca! Okay bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment