Assalamualaikum.
Tadi masa tengah kelas online fiqh usrah, kami berenam berkampung di dalam OR Cyat. Tak ada orang lain, kami berenam saja. Tengok tengok ada haiwan peliharaan Ajwad kat dalam tu, iaitu emste. Kiut sangat!!! Sorry kat sini kena cakap berlapik sebab takut Kakcik terbaca jugak. Kalau Kakcik trauma, sayalah yang salah😬.
Ada 2 ekor. Nama Mocha dan Latte. Namanya bersesuaian dengan warna. Tahu tak nama kucing saya di rumah pun Latte jugak. Ishh Ajwad ni tiru saya ea. Takpe saya maafkan😌 (Gurau jerr, jangan marah). Saya paling suka bila si emste ni duduk dalam bola dia. Comel sangat😭 Bila dia lari lari, bola tu bergolek. Jenuh nak kejar.
Nasihah pandai betul main dengan binatang tu. Saya pula geli nak pegang mula mula, tapi bila dah duduk atas tangan kita, okay je dia. Tapi binatang ni tersangatlah aktif. Kena ada kawalan ketat, macam jaga budak kecik. Dengar kata emste Ajwad yang sebelum ni mati bunuh diri. Semoga dapat jaga Mocha dan Latte ni baik baik, jangan sampai mereka depression.
Aktafi bi hazal qodr. Bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment