Saturday, 18 May 2024

Mengenang Kembali

 Assalamualaikum.

Semalam dalam pukul 11 lebih, saya berwasap dengan Kaksya bertanyakan tentang Muhammad. Alhamdulillah nampak Muhammad tidur dengan nyenyak sekali. Kami berwasap agak panjang, sampai ter "throwback" pasal hidup kami masa pkp. Rasanya boleh masuk part tu sebab kami tengok video Iman Abdurrahman masa kecik. 

Kami teringat balik keadaan kami masa tu. Boleh kata tempoh tu adalah moment paling best dalam hidup. Terperangkap dalam rumah, tapi benda tu buatkan kami lebih rapat. Banyak aktiviti kami buat sama sama, lagi lagi kami tiga beradik. Syaaa Daaa Dikkk~~~ SyaDaDik! Setiap hari ada saja game yang kami main. Game paling famous adalah main kertas. 

Kononnya yang tertulis dalam kertas tu masa depan kami lah. Kertas ada banyak kategori, suami/isteri, bapa/ibu mertua, tempat tinggal, jiran...pastu tak ingat dah. Mesti kami akan selitkan jugak benda benda yang kami tak suka. Contohnya, tempat tinggal tu akan ada yang tertulis "banglo", tapi akan ada juga "lubang kumbahan". Haha faham tak. Lepas tu kami pilih random dan tengok dapat apa.

Waktu tu kami jarang main telefon. Kami banyak tengok tv sama sama dan record banyak sangat cerita. Antaranya, Blended, Sing, Man Laksa dan sebagainya. Lepas tu, kami minat sangat sangat BtoB masa ni haha. Hampir semua lagu BtoB kami kenal. Lagi lagi Si Shin tu, dia sampai ingat lirik rap setiap lagu kumpulan tu. Waktu tu juga kami banyak gaduh. Gaduh sebab tak tahu nak main apa haha. Ya Allah lucu nya bila ingat balik.

Ha! Masa tu kami suka main teka lagu. Saya selalu kena kecam dan dibenci sebab cover gerakan bibir masa teka lagu. Saya tak cover pun sebenarnya, saya dah buat sepenuh hati. Benda ni juga antara punca kami selalu gaduh masa tu. Tapi semua kegembiraan dan suka duka masa tu berlanjutan sampai awal tahun 2022 saja kalau tak silap. Sebabnya, Kaksya dah dapat posting Sabah dan saya pula kena masuk U face to face. 

Sedihnya rasa. Benda tu dirasai sekali tu je seumur hidup. Sekarang semua benda berubah. Berubah dalam kebaikan, tapi bukan dalam suasana yang sama dah. Alhamdulillah sekarang nampak stabil dah semua. Sebab waktu pkp tu Kaksya macam menganggur dan tak ada kerja. Padahal masa tu memang dia student lagi. Sekarang Alhamdulillah sudah bersuami dan ber-anak. Haha. 

Semoga Allah terus permudahkan urusan kita semua dan kurniakan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua dan semua orang tersayang, Allahumma Amin.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...