Tahu tak, tengah malam hari Ahad hari tu, Iman Abdurrahman mari rumah Kakcik dari Kelantan. Mereka mari dengan Abecik, Abe Dailamie, Kaksya dan Muhammad. Abe Dailamie nak convo di sini, jadinya Abecik Kakcik suruh bowok terus lah Iman Abdurrahman tu, sebab lama dah mereka nak mari rumah Kakcik. Abecik balik Kelate dulu sebab tak ada orang nak jaga budak budak tu atas kereta nanti. Begitu. Gigih betul kan mereka ni.
Jangan terkejut, tapi rancangannya mereka duduk sebulan di sini, InsyaAllah. Setakat 3 hari ni nampak happy betul budak budak tu haha. Kiut sangat anak anak saudara MamaDa ni😭. Semalam mereka mari UIA ambik Kakcik dan saya pastu pergi Ikea. Punyalah excited Abecik Kakcik tu sampaikan beli meja dan kerusi budak budak untuk mereka. Mahal kot barang Ikea, Allahu. Lepas tu masa drop saya dekat mahallah tu, Iman berair mata sambil babai. Saya buat buat tak nampak dia punya berair tu sebab nanti saya pun akan berair juga haha.
Semoga mereka memanfaatkan peluang duduk rumah MamaIqa dengan baik. Harapnya balik Kelate nanti dengan penuh ilmu membaca ABC, membaca alif ba ta, dan sebagainya di dada. Allahumma Amin. Dan tahniah Abe Dailamie ku kerana berjaya menamatkan pengajian perguruan💐. Semoga terus istiqomah menjadi seorang guru yang cemerlang dan amanah. Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment