Assalamualaikum.
Petang tadi saya menerima lawatan dua orang nazir yang digeruni iaitu Zahratul Iman dan Abdurrahman Zakwan. Abecik minta saya jaga sekejap sebab Abecik nak solat, Kakcik pula kelas masa tu. Kiut betul dua ketul tu. Iman memang jenis terlebih excited. Abdurrahman tenang sikit. Biasalah lelaki kan. Mereka tak lupa yang Tokbah pesan, 'bersederhana'. Bila tanya bersederhana tu ggano, mereka kata, 'biasa biasa je'. Haha comel sangat. Betul lah, tak boleh over sangat walaupun happy.
Sepetang duduk dengan MamaDa tadi mereka beraktiviti sikit. Lukis lukis dengan tepek tepek sticker. Hampir habis ya sticker comel saya haha. Takpelah, daripada tak guna langsung. Rasa tak percaya mereka berpijak di UIA ni. Mesti lucu nanti mereka besar, mereka kenang balik kenangan pergi rumah MamaIqa dan sekolah MamaDa. Sedihnya😭. Saya pun tua dah la masa tu. Saya rasa sayu bila fikir benda macam ni. Semua yang saya hadapi sekarang bakal menjadi kenangan suatu hari nanti. Okay lah, bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment