Assalamualaikum.
Anak saudara saya yang kelima diberi nama MUHAMMAD WILDAN. Cantik kan nama tu😍Simple dan sangat sesuai dengan orangnya. Tapi saya dah tabiat panggil Muhammad. Sebelum dia lahir lagi kami duk panggil Muhammad. 12/10 hari tu Muhammad berumur sebulan dah. Alhamdulillah sihat walafiat. Awal awal tu biasalah kuning kan. Sekarang kuat betul dia menyusu. Tapi tidur pun kuat juga. Haha. Tapi untung juga sebab tak adalah dia selalu merengek kan. Kaksya pun boleh buat kerja lain juga. Kaksya kal adah dia memang tak boleh duduk diam, cenggini dek👍 Cuba bayang baru sehari ke 2 hari beranak tu dia nak buat kerja rumah jemur kain, basuh pinggan dan sebagainya. Padan muka kena marah dengan Umi haha.
Muhammad Wildan ni memang gabungan muka Abah dan Umi nya. Setakat ni macam tu lah. Nak cakap macam Abe Dailamie, eh macam Kaksya lah. Nak cakap macam Kaksya, eh macam Abe Dailamie lah. Haha begitu lah. Kening confirm Abe Dailamie. Bibir senipis Kaksya. Rasanya banyak juga dapat genetik keluarga Abe Dailamie sebab mata tertarik macam cina. Alahai rindu nya Muhammad Wildan💭
MamaDa doakan Muhammad Wildan membesar menjadi seorang insan yang soleh, taat perintah Allah, taat Rasulullah, taat Abah Umi, menjadi seorang yang penyabar, cool, gentle, berani kerana benar, tegas pada tempatnya, menjadi penyejuk mata kepada semua orang dan sentiasa memudahkan urusan orang sekeliling, diberi kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment