Assalamualaikum.
Ingat tak anak saudara saya yang keempat iaitu anak bongsu Along Kaklong buat masa ni, Abdul Hadi Ibrahim? Secara rasminya nama nya dipendekkan menjadi ABDUL HADI faqot. Sebabnya Kaklong takut nama Ibrahim belakang tu tak digunakan pun nanti. Sebab nama Abdul Hadi tu dah rasa penuh dah bila sebut. Saya tak tahu kenapa tapi nama Abdul Hadi tu sesuai sangat dengan Abdul Hadi. Sangat sesuai! Walaupun dia baby lagi tak tahu kenapa rasa macam dia lagi matang daripada abangnya Abdullah Abbas haha. Abdullah cheeky sikit. Cheeky banyak haha.
Untunglah Abdullah dan Abdul Hadi ada abang dan kakak duk ccaro. Sebab abang kakak tu dah matang sikit. Lagi lagi si Abdurrahman Zakwan tu, sangatlah protective dan ikhlas sayangkan adik adiknya. Iman pun ikhlas, tapi Abdurrahman kan lelaki, rasa macam wow lah bila dia sifat macam tu. Alhamdulillah. MamaDa doakan semoga Allah jadikan Abdul Hadi seorang yang benar benar soleh, dapat redha Allah dunia Akhirat, sentiasa diberi petunjuk dalam apa jua keadaan, menjadi seorang yang sentiasa memudahkan urusan orang sekeliling, seorang yang lembut hatinya, bahagia dan berjaya dunia Akhirat, Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment