Assalamualaikum.
Dah habis dah cuti 3 bulan dan sekarang saya dah berada di yuyaiye. Sangat perit rasanya😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭. Ikhlas di sudut hati, saya memang tak suka vibe di sini. Saya bukan merendahkan tempat ilmu, tapi saya memang tak suka😭. Yang pasal ilmu tu saya suka, tapi surrounding tu..Saya nak dikelilingi keluarga saya. Antara asbab saya masih mampu bertahan adalah sebab ada Abecik dan Kakcik di sini. Tapi dah Alhamdulillah la dia bagi cuti 3 bulan daripada tak bagi cuti langsung.
Saya happy sangat duduk rumah masa cuti tu. Ada benda baru yang saya belajar iaitu memasak. Saya dah pandai masak sup ayam, ayam kicap, telur kicap, ayam pedas. Tu je yang betul betul pandai😁. Saya ada juga memasak benda lain tapi tu bergantung sepenuhnya dekat resepi. Alhamdulillah pembelajaran tu berlaku tanpa dirancang. Lama dah duk cakap nak belajar masak tapi tak pernah start. Bila Allah nak mudahkan tu, sekelip mata boleh jadi. Lepas tu, saya jadi suka air lemon sebab sepanjang cuti tu hari hari minum air lemon. Rupanya sedap sangat air lemon hihi. Tapi yang Umi saya buatlah sedapnya, kalau saya buat kelaut betul. Adik saya pengkritik utama haha. Rindu nak menghabiskan masa lepak dalam bilik Adik❤
Paling best saya boleh luangkan masa dengan anak anak saudara semua. Ya Allah rindu😭2 bulan pertama saya luangkan masa dengan anak anak Along Kaklong iaitu Iman, Abdurrahman, Abdullah dan Abdul Hadi. Memang wajib rasa menyesal lepas mereka balik rumah mereka tu. Kenapa lah aku garang sangat, kenapalah aku marah marah, kenapalah aku tak penyabar. Memang tak boleh elak kalau duduk lama lama, nak buat macam mana😔. Maafkan MamaDa ya sayang sayang semua. Aduh kenapa termenangis pula ni Allahu😬. Minah Yen betul.
Sebulan terakhir pula saya habiskan masa dengan cucu Tokbah Tokmi yang bongsu buat masa ni. My cutie pie😍😍😍Rindu sangat bau tekok dia haha. Rindu nak tengok gusi dia..rindu nak tengok mulut dan dagu dia ketar ketar masa menangis, rindu semua benda pasal dia😭Hanya gambar dan video sebagai pengubat rindu sekarang.
Saya paling rindu Abah Umi😭Saya rasa cukup bahagia dah dengan adanya Abah Umi dalam rumah tu. Walaupun saya tak gi cium atau peluk, dengan pengetahuan bahawa Abah Umi sihat walafiat beraktivitas di rumah tu pun saya dah cukup bahagia dan bersyukur dah. Ya Allah panjangkanlah umur Abah Umi ku dan seluruh ahli keluarga ku di dalam kesihatan yang terbaik, di dalam kebahagiaan, dan dalam ketaatan kepada Mu ya Allah, Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment