Assalamualaikum.
Selamat Hari Lahir anak buah pertamaku!🌷The only princess for now. Iman umur 6 tahun sudah..MamaDa duk anggap Iman kecik lagi, rupanya 6 tahun tu angka yang besar dah. Iman darjah 1 doh tahun depan. MamaDa masih tak percaya sayangku😭 Automatik rasa tua diri ini.
MamaDa mahu minta maaf kali ke 70 sebab sokmo marah Iman dan kadang kadang berkasar dengan Iman. MamaDa sayang Iman tapi kadang kadang terikut "darah muda" ini. InsyaAllah MamaDa akan sentiasa cuba untuk jadi lebih baik, ibu saudara yang lebih baik, pendidik yang lebih baik, babysitter yang lebih baik untuk kamu adik beradik. Iman dah faham banyak benda dah sekarang. MamaDa nok menipu sikit sikit pun tak boleh dah. You are too clever my baby. MamaDa yakin Iman akan ingat banyak benda pasal MamaDa bila Iman besar nanti. Semua layanan MamaDa ko Iman..Allahu. MamaDa asif jiddan.
MamaDa hanya mahukan yang terbaik untukmu. Semoga Allah sentiasa jaga Zahratul Iman daripada segala bahaya dan fitnah dunia, dan semoga Allah kurniakan segala kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan kepada Zahratul Iman di dunia ini dan di Akhirat. Ya Allah panjangkanlah umur Iman di dalam kesihatan yang terbaik, di dalam kebahagiaan, dan di dalam keimanan yang hakiki kepadaMu ya Allah. Kelilingilah dia dengan orang orang yang dapat membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada dia. Jadikan Zahratul Iman seorang yang menyenangkan hati, dan dapat menjadi asbab kebaikan kepada orang sekelilingnya. Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment