Assalamualaikum.
19 Jun 1996 Abah saya dilahirkan..Terima kasih ya Allah sebab kurniakan kepada kami Abah yang hebat, bijak, penyayang, pemurah dan sangat teguh Imannya Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat sebab Abah saya sangat pentingkan agama..Berpegang teguh kepada Allah, pasti selamat dunia Akhirat. Allah bagi saya faham agama ni mostly melalui Abah lah. Semoga Allah beri ganjaran yang sebesar besarnya kepada Abah Umi di dunia dan di Akhirat.
Ya Allah, selamatkanlah Abah Umi ku daripada segala bahaya dunia Akhirat. Lindungilah mereka daripada sebarang keresahan, kesusahan hati dan daripada segala keburukan. Bahagiakanlah hidup Abah Umi sebagai suami isteri yang saling melengkapi dan saling menyayangi di samping anak anak dan seluruh ahli keluarga tercinta. Sihatkanlah mereka ya Allah. Sembuhkanlah segala penyakit mereka. Panjangkanlah umur mereka di dalam kesihatan terbaik, di dalam kebahagiaan, dan dalam keadaan yang Engkau redha ya Allah. Jadikanlah mereka hambaMu yang Engkau cinta dunia Akhirat. Ampunkanlah segala dosa mereka yang besar atau kecil, dosa yang telah lalu, kini dan akan datang, dosa terang terangan atau sembunyi dan sebagainya. Bersihkanlah hati mereka ya Allah. Jauhkanlah Abah Umi ku daripada sebarang seksa ya Allah. Tempatkanlah mereka di syurga firdausMu dan kurniakanlah mereka ganjaran yang paling indah ya Allah. Allahumma Amin❤️
I LOVE YOU ABAH❤️
No comments:
Post a Comment