Thursday, 1 June 2023

Dinner di Chan Rak Ter

 Assalamualaikum.

Saya kembali bersiaran! Hihi. Saya tiada mood untuk buat blog hampir sebulan ya. Di waktu yang genting untuk buat assignment inilah datangnya semangat untuk buat blog. Astaghfirullah. Tak apa, InsyaAllah hujung minggu ni saya akan siapkan slide nahu, dan start buat tahlil maani. Semoga Allah permudahkan. 

Petang kemarin kan, Kakja mesej saya dan ajak saya dan Kakcik makan malam. Tapi kakcik tak boleh join sebab sangat sangat penat. Kesian Kakcik. Dia dahla kerja syif malam, pastu paginya kena siapkan assignment dan slide present. Petangnya kelas sampai ke malam. Allahu kalau saya memang tak boleh harungi lah macam tu. Okay lepas tu, lepas Maghrib semalam Abecik dan Kakja datanglah ambik saya di Mahallah Asiah. Mereka solat maghrib di Musolla Asiah. Rupa rupanya anak Kak Farah iaitu Syamil Hadi dan Badrul Hadi pun ada sekali. Ya Allah dah besar dah mereka! Hadi 15 tahun manakala Badrul 11 tahun. Tengok umur 15 tahun tu rasa macam budak budak lagi kan, tapi hakikatnya Hadi tu matang sangat. Saya merasa kecil di sampingnya haha. Dan dia seorang yang suka bercakap dan peramah. Kalau Badrul jenis pendiam sikit, tapi dia suka senyum dan angkat kening. Dia ingat dia dah besar ke nak angkat angkat kening?😭 Saya taknak rasa tua tapi benda tu semakin jelas. 

Kami makan di restoran Chan Rak Ter. Saya tak boleh tahan gelak sepanjang duduk dengan mereka ni. Tak habis habis buat lucu. Hadi tu cakap Kelantan straight dengan waiter kedai tu. Nasib baik waiter tu faham. Dia buat waiter tu macam kawan dan macam dah kenal lama haha. Lepas tu anak anak Abecik tu berlari dalam kedai. Abecik pun kata, " Aku pelik bakpo anok oghe lain molek jah buleh duduk diye, anok aku tokleh". Saya terhibur sangat haha. Kami makan nasi dengan tomyam. Hadi je yang tak makan nasi. Dia makan yam megi. 2 pinggan kot dia makan yam tu. Spesies Adik saya jugak ya. 

Alah balik tu hantar Hadi dengan Badrul balik rumah dulu, lepas tu baru hantar saya ke uia. Saya enjoy sangat semalam! Alhamdulillah. Terima kasih Abecik Kakja dan anak anak sebab bawak saya makan. Bersyukur sangat ada sepupu yang baik macam ni. Terima kasih anak anak Kak Farah sebab menghiburkan hari saya haha. Semoga Allah kurniakan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat kepada kalian semua, Allahumma Amin.




No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...