Monday, 22 May 2023

Bait Maftuh

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang saya duduk dalam bilik di uia. Baru sudah buat slide Socio. Hari Jumaat hari tu saya naik ktm balik rumah Kakcik. Abecik Kakcik buat rumah terbuka again! Terpaling excited hihi. Rumah terbuka dibuat 2 hari macam tahun lepas. Hari pertama untuk kawan kawan, hari kedua untuk jiran dan keluarga. Saya memang suka sangat kalau jumpa ahli keluarga ni. Rasa suka tu ikhlas dari dalam hati. Menu tahun ini sepesyel iaitu..asam pedas ayam, sup kambing, sayur, koktel, dan banyak lagi kuih muih yang sedapp. Yang paling membanggakan adalah Kakcik masak sendiri semua masakan tu. Mantap sangat kakakku. Abecik kakcik, you guys did it!

Antara ahli keluarga yang datang adalah, Mokcu dan keluarga, Makteh dan keluarga, Abecik, Abe Ciki, dan Abe Dedek sekeluarga. Eh Abe Dedek bawa diri sendiri je. Abecik dan Abe Ciki sekeluarga. Hihi. Mereka semua tu anak Umi Besar. Lama sangat sangat tak jumpa mereka. Kalu Abecik dan Kakja tu last jumpa masa mereka kahwin. Abe Ciki rasa macam ada jumpa baru baru ni tapi tak ingat bila. Baru baru ni tu maksud nya dalam 2 ke 3 tahun ni lah. Kalu Abe Dedek rasanya macam ni kali pertama jumpa. Tapi saya terharu mereka ingat saya walaupun mereka dah dikira pangkat sepupu atas atas. Saya ni sepupu bawahan je. Kakja kata dia ingat saya masa majlis kahwin mereka. Dalam 10 tahun lepas. Saya darjah 5 masa tu rasanya. 

Tapi Abecik dan Kakja baik sangat Alhamdulillah. Mereka tawarkan untuk hantar saya balik uia. Katanya sebab rumah mereka memang dekat dengan uia, jadinya mereka nak hantarlah. Saya pun setuju jelah hihi. Tak baik kecewakan orang kan. Lagipun meringankan beban Abecik saya sikit. Tak kenalah kalut kalut hantar pagi esok. Banyak juga kami berbual atas kereta tadi. Abecik dan Kakja tu walaupun muda lagi tapi gaya macam orang tua tua haha, comel betul. Saya suka sangat tengok mereka. Semoga Abecik dan Kakja bahagia dunia Akhirat bersama orang orang tersayang💞

Teruntuk Abecik Kakcik ku, terima kasih bagi saya makan dan duduk di rumah kalian. Saya ni memang pengganggu dan penyerabut hidup orang di segenap tempat huehue. Semoga Allah kurniakan kebaikan dan kebahagiaan  kepada Abecik Kakcik dan orang orang tersayang di dunia dan di Akhirat. Allahumma Amin. 




No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...