Tuesday, 31 January 2023

You Nailed It My Sistah!💅

Assalamualaikum.


Tahniah kakak ku syayang💞 Awak sangat hebat! Alhamdulillah. Memang tidak dinafikan bahawa Allah bagi kelebihan intelek kepada Kakcik. Sangat pandai..so bila dia sambung belajar dan buat master ni, tidak sia sia la kelebihan tu. Dan Alhamdulillah dia pun memang sangat semangat belajar dan menuntut ilmu. Lain betul dengan si penulis blog yang shomel ni. Si penulis ni cuma harap dapat habiskan degree dengan jayanya. Doakan kami semua. Hihi. Sekali lagi I am so proud of you my sister, muah! Bye Assalamualaikum.

Monday, 30 January 2023

New Tudungs!

Assalamualaikum.


I am so happy potato! Tudung yang ditunggu tunggu sudah sampai. Alhamdulillah. Yang saya lagi bersyukur, tudung tu memang kena dengan taste saya. Potongan dia dan warna dia mantap! Saya beli tudung ni dengan Afe exclusive, tudung labuh bulat bidang 55. Saya beli warna dark lavender dengan soft grey. Sebab saya ada banyak baju kurung pepel, jadinya saya beli warna dark lavender tu. Kiranya sekarang, saya dah ada 5 tudung labuh warna berlainan. Warna hitam, pepel, kelabu muda, biru muda, dan koko muda. Sebenarnya ada dekat rumah yang warna biru navy gelap tu, tapi tak pasti keberadaannya sebab banjir hari tu. Semoga tudung tu ada dengan selamat  di rumah. Tak payah beli dah warna tu. 

Terima kasih Kaksya ku kerana mengeluarkan duitmu untuk beli tudung saya ni. Semoga Allah balas kebaikan itu dengan kurniakan kepada Kaksya dan orang tersayang segala kebaikan di dunia dan di Akhirat. Allahumma Amin.  

Thursday, 26 January 2023

"Seimbang Dunia Akhirat"

Assalamualaikum.

Tujuan hidup kita yang paling utama adalah untuk menyembah Allah. Mengabdikan diri kepada Allah. Beriman dan beribadat kepada Allah, mengamalkan syariat Allah seperti yang diajar oleh Rasulullah (SAW). Tapi kita boleh tengok di sekeliling kita sekarang, sangat jauh daripada Allah, betul kan. Tak kata kat orang lain pun, diri sendiri pun boleh tengok macam mana. Kita terlalu asyik dengan dunia ini sampai lupa dan lalai apa sebenarnya tujuan hidup ni. Agama bagaikan benda sampingan saja. 

Tapi memang susah untuk istiqomah dalam keadaan sekarang ni. Benda yang betul dipandang pelik. Contohnya, orang yang mengamalkan sunnah dilihat asing. Untuk saya sendiri, saya kan pakai tudung labuh bulat, saya selalu rasa asing. Orang lain pakai tudung bawal dan shawl cantik cantik.. saya pakai tudung bulat?  Tu syaitan bisik. Bukan pakai bawal tu tak bagus, tapi untuk saya, saya akan behave sikit kalau pakai tudung bulat. Lepas tu, kita kan selalu dengar orang cakap kena seimbang dunia akhirat. Padahal definisi seimbang tu macam mana.. Sedangkan masa solat pun masih boleh fikir pasal dunia. Berapa sen sangat kita fokus akhirat berbanding dunia. Padahal akhirat tu lah yang kekal. Apa yang kita buat kat dunia ni penentu bahagia atau siksa di Akhirat nanti. Saya ulangi, saya cakap pasal diri sendiri ya huehue. 

Hmm. Semoga Allah pelihara iman kita sampai mati. Semoga Allah matikan kita dalam keadaan beriman dan diampuni segala dosa. Allahumma Amin. Bye Assalamualaikum.

26/1💞

Assalamualaikum.


Pejam celik pejam celik dah 4 tahun Abecik jadi ahli keluarga kami. Alhamdulillah. Satu nikmat yang sangat disyukuri ada abang ipar persis itu. Saya doakan semoga Allah kekalkan keharmonian dan kebahagiaan hidup Abecik Kakcik sampai ke akhirnya. Semoga hidup kamu berdua diredhai dan dirahmati Allah sentiasa. Semoga Allah pelihara keimanan kita semua dan ditetapkan hati di jalan yang benar. Allahumma Amin. Bye Assalamualaikum!

Sunday, 22 January 2023

Surrounding yang Baik🫶🏽

 Assalamualaikum.

Saya dah siap semua assignment, cuma video phono je tak hantar lagi. Sekejap lagi lah. Saya nak cakap pasal surrounding ni. Keadaan sekeliling kita penting sangat untuk diri kita. Siapa kita berkawan, apa yang kita belajar, keadaan keluarga kita dan sebagainya. Benda tu sedikit sebanyak membentuk diri kita. Setuju ke tidak? Haha. Sekali sekala nak juga kongsi benda baik. Ya betul surrounding tu sangat penting. Lagi lagi untuk orang yang mudah terpengaruh macam saya. Alhamdulillah Allah hadirkan dalam hidup saya orang orang yang baik, soleh, solehah dan mendorong saya untuk jadi baik juga.

 Pertama, keluarga saya sendiri. Terima kasih Abah Umi kerana bagi didikan agama yang sangat kukuh kepada kami. Abah Umi sangat utamakan agama. Dan memang patut begitu pun. Saya saja yang kadang kadang terlalai dengan dunia. Setiap kali saya terlalu ralit dengan benda yang menghanyutkan, saya jadi teringat Abah Umi. Abah Umi dah didik dengan didikan yang bagus, takkan saya nak mengkhianati kepercayaan mereka. Dan Alhamdulillah Allah bimbing hati saya kembali. Allah juga anugerahkan kepada saya seorang Adik yang sangat bagus dan soleh.  Dia sentiasa mengingatkan saya untuk berada di jalan yang betul dan sentiasa menegur dan betulkan apa yang saya salah. Terima kasih atas nikmat ini ya Allah. Begitu juga adik beradik yang lain, bukan Adik saya sorang saja. 

Dari segi kawan pula, saya perasan kawan kawan saya tak ada pun yang tak bagus. Kalau dalam kelas tu semua tudung labuh labuh. Mereka ni sangat positif dan berkawan dengan semua. Kiranya tak ada yang tersisih pun. Pergaulan dengan lelaki pun kurang. Ada dua tiga orang je yang biasa berkomunikasi dengan lelaki, tu pun untuk cakap benda penting. Saya ada seorang kawan ni, dia kos ISED. Saya satu kelas dengan dia kelas Philosophy. Kami kawan tapi tak rapat pun, kalau jumpa mana mana memang tegurlah tapi. Tapi, saya suka sangat tengok dia. Tengok dia buat saya rasa nak jadi bagus dan tinggalkan semua perkara yang sia sia. Saya rasa memang Allah kenalkan saya dengan dia supaya dia jadi contoh yang baik kepada saya.  Namanya Khaleda. Orang baik kita bagitahu jelah nama kan haha. Saya bersyukur Allah bagi saya kenal dengan orang macam dia. Semoga Allah pelihara keimanan Khaleda dan seluruh ahli keluarga dan semoga Allah kurniakan segala kebaikan di dunia dan di Akhirat terutamanya, Allahumma Amin. 

Ya Allah, peliharalah iman kami semua. Jadikanlah kami hambaMu yang istiqomah berada di jalan yang Engkau redha. Ampunilah segala dosa kami semua, bersihkan lah hati kami, buanglah segala sifat buruk dalam hati kami, lindungilah kami dari segala perkara yang dapat mengancam keimanan kami. Permudahkanlah segala urusan kami semua dan Engkau kurniakanlah segala apa yang terbaik buat kami semua di dunia dan di Akhirat. اللهم آمين

A Walk With Nasihah aka Haha

 Assalamualaikum.

2 hari lepas, iaitu pada hari Jumaat, saya jalan jalan keliling UIA dengan Nasihah. Kami mula jalan pukul 6 petang. Mula mula ingat nak jalan keliling tasik tu, tapi muncul idea di kepala untuk jalan jalan keliling UIA. Sebab baru sekali saya pusing uia, tu pun bukan dengan Nasihah. Best sangat tahu tak! Kami jalan lambat lambat sebab nak nikmati keindahan pemandangan dan kesejukan udara. Sambil jalan sambil bercakap. Ramai ramai kawan di sini, saya rasa paling selesa dengan Nasihah. Yang lain pun selesa juga, tapi kalau dengan Nasihah saya boleh jadi diri sendiri..gittew dek. Sebab dia macam faham perangai saya. Tapi mestilah ada hadnya kan. Walaupun selesa, saya tak masuk dalam perut pun. Apapun Alhamdulillah Allah hantarkan dia jadi kawan saya. 

Sepanjang kami jalan tu, ada sedikit malu sebab ramai juga lelaki joging waktu tu. Bukan malu gedik tu, tapi malu sebab sikit je perempuan. Tapi kami ikhlas nak round UIA, Allah saja tahu hati kami. Lepas tu kami masuk jalan kuliyyah ICT. Saja je lalu. Situ tak ada orang joging. Lalu situ tembus jalan ict yang dekat dengan mahallah kami tu. Kami singgah KOE jap untuk rehat. Haha suka hati je, buat macam kuliyyah sendiri. Rehat rehat minum air sambil berbual. Masa tu dah pukul 7. Kami pun pergi cafe Hafsah untuk beli burger dan yongtaufoo tanpa kuah. Yongtaufoo tu untuk makan dengan megi jap lagi. 

Malam tu, kami buat ramen cheese makan dengan yongyaufoo dan burger. Sedap betul! Kami makan sambil tengok cerita hindustan. Padahal masa tu conclusion bookreview tak siap lagi. Sekarang dah siap Alhamdulillah. Cerita hindustan tu pasal cinta dan pembunuhan. Agak menakutkan saya ya. Cerita tu psycho. Tidak mau cerita, tengoklah sendiri. Tapi lupa nama cerita, nanti saya tanya Nasihah. Okay bye Assalamualaikum.



Cantik sangat kan! Langit paddle pop💃

Monday, 16 January 2023

Berukhwah Islamiah ke Raub🌟

 Assalamualaikum.

Saya celah celah masa untuk buat blog ni. Begitu. Sibuk bebeno. Disebabkan ada request untuk buat blog pasal pergi Raub hari tu, saya kena buat la ni. Femes betul. Request from my 29 years old- sister. Begini, hari Sabtu hari tu, saya, Abecik, Kakcik dan 2 orang adik Abecik iaitu Abe Nuar dan Abe Haikal, kami pergi ke Raub untuk melawat keluarga angkat Abecik Kakcik. Keluarga angkat ni terhasil daripada program club Akhi beberapa tahun dulu. Saya boleh kata kami punya lawatan ke Raub ni sangatlah best. Memang atas kereta tu agak pening, tapi berbaloi lah. Lagipun, masa duduk atas kereta tu saya terhibur dengan celoteh adik adik Abecik. Mereka tu random betul haha. 

Okay, kami bertolak dari UIA dalam pukul 8 lebih pagi. Pastu berhenti di kedai Lemang To'ki. Tapi saya makan nasi berlauk saja, tak makan lemang pun. Lepas tu kami berhenti di pasaraya di Raub tu untuk beli barang untuk diberi kepada keluarga angkat. Mula mula pergi rumah Opah tapi tak masuk pun rumah. Ambik Opah pergi rumah MamaSab iaitu mak angkat Abecik. Pergi berbual bual dengan Mek iaitu toktuo MamaSab. Mek tu orang Kelantan. Jadinyo kecek kelate lah kito. Tok ingat doh kato duk di Pahang. Duk situ sampai pukul 12 lebih. Lepas tu gi rumah Umi Yah pulak iaitu mak angkat Kakcik. Tapi gi masjid Tok Machang dulu tunggu Umi Yah mari ambik. Sebab rumah dia atas bukit tak boleh naik dengan kereta biasa, Hilux boleh. Saya suka sangat suasana rumah Umi Yah tu. Sekeliling dia memang berbukit dan dipenuhi dengan tanaman yang menghasilkan buah. Wahh memang rumah idaman. Kami makan buah durian dan betik. Banyak betul buah durian di rumah dia. Memang dia jual pun. Siap ada musang king lagi tapi kami tidak sempat merasa. Memang hari tu kami makan durian sepuas hati sungguh sungguh. Kecuali Kakcik🌚

Dalam pukul 2 lebih tu kami pun hantar Opah balik rumah untuk solat dan kami pula ke masjid. Lepas tu kami kembali lagi ke rumah MamaSab untuk menjamu selera hehe. Kesian Opah lapar daripada tadi lagi. Walaupun Opah cakap tak lapar, saya dapat rasakan yang Opah sebenarnya lapar. Haha. Opah datang rumah MamaSab dengan motor. Sedap betul kami makan di rumah tu, di tepi kolam ikan darat. Makan outdoor lah ni. Lepas tu MamaSab bubuh budu untuk saya sebab saya tak makan ulam kalau tak ada budu. Abe Nuar kata, "Pekat Kelantan betul lah kau ni". Haha. Mesti dia tak faham ada apa dengan budu. Saya pun tak faham macam mana pisang goreng boleh cicah kicap.😌

Saya terharu sebab mereka ingat Abecik Kakcik. Ada kebaikan rupanya program club ni. Boleh buat hubungan baik sesama Islam. Walaupun tak ada pertalian darah. Yang lagi terharu nenek angkat dan mak angkat orang lain pun ingat Kakcik. Haha. Punyalah extrovert kakak ku sorang ni. Mereka punya hubungan tu macam dia pulak yang anak angkat. Padahal MamaSab tu mak angkat Abecik, Opah nenek angkat kawan dia. Apapun saya tumpang terharu. Dan layanan mereka sangat baik. Mereka nampak sangat ikhlas menyambut kami. Nanti saya besar, saya nak melawat mereka lah. Kalau mereka tak ingat saya tak apa, yang penting saya ingat. Okay bye Assalamualaikum.











Friday, 13 January 2023

Thursday, 12 January 2023

Presentation: 2 Done✅ 2 To Go💪🏾

 Assalamualaikum.

Rindunya nak buat blog!😭. Saya ada banyak sangat kerja sebab ni kan dah nak habis sem. Dah akhir akhir dah ni. Presentation dan assignment pulak lecturer ramai suruh buat hujung hujung. Bercampur dengan yang saya tangguh😗. Hari ni Alhamdulillah done present Aqidah. Hari Selasa kemarin dulu done present Phonology. Esok present Philosophy!!! Permudahkanlah ya Allah. Filosofi ni paling saya takut dan berdebar. Denyut...jantungku berdebar🎶🎶. Haha tiber. Bila tertekan memang akan jadi begini ya. Tak tertekan sangat pun sebenarnya. Hihi.

Lepas selesai present esok InsyaAllah, saya akan fokus untuk siapkan assignment pulak. Mula mula nak record video phono, lepas tu nak siapkan maqol fardi, lepas tu cek balik suna'i LLS. Kemudian, start buat research internal external Aqidah. AAA banyaknya! Nanti sem depan nak jadi yang terawal present lah. Lega sikit kalau macam tu sebab tak payah fikir dah lepas tu pasal present. Fikir siapkan assignment dan ready untuk exam saja. Okay, doakan saya ya. Bye Assalamualaikum.

Monday, 2 January 2023

Demam Tahun Baru

Assalamualaikum.

Dalam beberapa hari ni saya sangat sibuk. Banyak sangat kerja. Kadang kadang saya tak tahu apa yang saya sibuk sangat. Lepas tu hari jumaat hari tu saya start demam. Alhamdulillah la masa tu duduk di bilik Kakcik. Kiranya ada penjagalah. Kalau tak mereputlah soram soram dalam bilik di Asiah. 

Bila start demam tu, mula lah selesema jugak. Hari ni Alhamdulillah dah kurang sikit selesema. Masih tapi tak mengganggu rutin harian saya. Rasa berat kepala tu masih ada. Tambah pulak berjalan tengah panas hari ni. Dari Asiah ke engin, dari engin ke asma, dari Asma ke Asiah, dari Asiah ke Maryam, dari Maryam ke Asiah balik. Sampai tu terus tak sedarkan diri (tidur). Sepanjang berjalan dari mana ke mana tu memang tengah panas. Hari ni panas sangat. Saya bukan mengeluh, saya bagitahu saja. 

Semoga Allah sembuhkan sakit saya ni. Sebab banyak sangat assignment tak siap lagi sedangkan ada masa dalam 2 minggu lagi nak habis sem. Ke seminggu lebih? Hmm tak pasti. Tambah pulak saya jadi commitee cyat agm tu. Ha siapa suruh gatal sangat jadi komiti. Dahla tak pernah pernah jadi komiti. Waktu yang sibuk ni jugaklah terbuka hati jadi komiti. Tak apa, adalah hikmahnya tu kan. 

Okay bye, saya mau solat Isyak. Assalamualaikum.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...