Dalam beberapa hari ni saya sangat sibuk. Banyak sangat kerja. Kadang kadang saya tak tahu apa yang saya sibuk sangat. Lepas tu hari jumaat hari tu saya start demam. Alhamdulillah la masa tu duduk di bilik Kakcik. Kiranya ada penjagalah. Kalau tak mereputlah soram soram dalam bilik di Asiah.
Bila start demam tu, mula lah selesema jugak. Hari ni Alhamdulillah dah kurang sikit selesema. Masih tapi tak mengganggu rutin harian saya. Rasa berat kepala tu masih ada. Tambah pulak berjalan tengah panas hari ni. Dari Asiah ke engin, dari engin ke asma, dari Asma ke Asiah, dari Asiah ke Maryam, dari Maryam ke Asiah balik. Sampai tu terus tak sedarkan diri (tidur). Sepanjang berjalan dari mana ke mana tu memang tengah panas. Hari ni panas sangat. Saya bukan mengeluh, saya bagitahu saja.
Semoga Allah sembuhkan sakit saya ni. Sebab banyak sangat assignment tak siap lagi sedangkan ada masa dalam 2 minggu lagi nak habis sem. Ke seminggu lebih? Hmm tak pasti. Tambah pulak saya jadi commitee cyat agm tu. Ha siapa suruh gatal sangat jadi komiti. Dahla tak pernah pernah jadi komiti. Waktu yang sibuk ni jugaklah terbuka hati jadi komiti. Tak apa, adalah hikmahnya tu kan.
Okay bye, saya mau solat Isyak. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment