Assalamualaikum.
Saya baru melepasi fasa stress yang teramat sangat. Saya tak ada idea untuk buat activity apa untuk lesson plan subjek Cocu ni. Dahla group saya yang pertama kena present. Buka cuti hari Isnin ni terus kena. Agak tertekan ya. Tambah dengan assignment lain yang belum siap dan yang belum disentuh. Alhamdulillah term paper saya dah buat 4 muka surat. Kemarin Allah telah memberikan saya ilham untuk buat activity apa cocu tu. Yang tu rasa lega dah. Alhamdulillah sangat. Kiranya untuk cocu ni tinggal bahagian closing saja.
Saya tulis ni hanya untuk melepas stress hihi. Saya tengah dengar lagu Rindu by Adam Shamil. Best sangat! Okay sekarang saya mau basuh jamban. Kesian Umi dah seminggu berharap saya buat. Doakan saya agar dapat buat apa yang Umi harapkan dan pada masa yang sama dapat siapkan assignment dengan cemerlang. اللهم آمين
Bagus! Palan palan ah kau buat. Jangan stress. Akan siap juga tu. Pandailah aku cakapkan haha. Aku sendiri pun banyak kerja yang tertangguh ni. Huaaaa~~~~
ReplyDeleteDoakan gue. Yang penting kau memang anak solehah. Muslimah sejati. Alhamdulillah. Tiber.
Di antara kesesakan assignment yang tak pernah berhenti berkunjung, sempat kau tolong Umi buat kerja kan. Good girl!
Over betul komennya🙂
ReplyDeleteاللهم آمين 🤲