Assalamualaikum.
Pada tarikh 26 November 1989, Abah dan Umi saya sah menjadi pasangan suami isteri. Alhamdulillah. 33 tahun sudah ya. Terima kasih ya Allah kerana kurniakan kepada kami keluarga yang bahagia dan mementingkan agama. Terima kasih ya Allah kerana kurniakan kepada kami Abah dan Umi yang sangat awesome dan terbaik. Diri kami ini belum tentu dapat menjadi insan yang sebaik mereka. Abah Umi saya sentiasa meletakkan Allah nombor 1. Rindu nak taalim sama sama, walaupun kadang kadang sampai cramp kaki. Sekarang masing masing duduk jauh. Tinggal Adik saja di rumah.
Abah dan Umi sangat sayangkan kami, walaupun tidak ditunjukkan perasaan itu. Mereka tunjuk dengan tindakan. Saya ingat lagi kerisauan dan kegelisahan Abah masa dapat berita bas UIA eksiden tu. Muka Abah sangat merah dan mata berair sambil call Kakcik berkali kali. Rupanya Kakcik masa tu duduk dalam dewan dan tak dengar bunyi telefon. Begitu juga masa saya pitam tu. Abah pecut kereta tak mudah sambil pegang tangan saya yang sejuk. Muka Abah bagaikan terlucut jantung. Over betul ya ayat saya haha. Dan Abah sentiasa usaha nak buat kami gembira. Kami pergi melancong banyak tempat.
Umi pulak, sentiasa rasa tersekat bila anak anak nakkan apa apa tapi Umi tak dapat bagi. Walau sekecil kecil benda pun. Contohnya, saya nak makan telur ikan, selagi saya tak dapat tu, Umi akan rasa gelisah dan tak tenang. Umi akan dapatkan juga benda tu, walaupun kadang kadang saya dah lupa pasal tu. Saya kagum sangat tengok Umi. Saya bercita cita nak jadi macam Umi. Seorang guru dan surirumah yang berjaya. Walaupun Umi sibuk dengan hal hal sekolah, Umi selalu memasak di rumah. Dan Umi sangat rajin buat kerja rumah.
Saya tahu perasaan risau tu sangat meyakitkan. Tapi kenapa saya sebagai anak ni suka sangat buat Abah Umi risau?? Allahu tak baiknya. Kadang kadang, benda tu kecik je bagi kita tapi satu kerisauan yang besar bagi mereka. Contohnya kalau kita belum makan sampai tengahari, kita rasa biasa je. Tapi bila Abah Umi tahu pasal tu, mereka memikirkan pelbagai kemungkinan. Takut kita gastrik, darah rendah, pengsan dan sebagainya. Tidakkah perasaan itu menyiksa mereka. Kepada para anak, jangan buat ibu bapa anda risau.
Ya Allah, kau lindungilah Abah Umi ku daripada segala bahaya dan ancaman dunia dan Akhirat. Kau selamatkanlah mereka daripada segala bahaya. Kurniakanlah kepada mereka kesihatan yang terbaik. Sembuhkanlah segala penyakit yang ada pada diri mereka sama ada penyakit biasa ataupun berbahaya. Ya Allah, Kau panjangkanlah umur Abah ku dan Umi ku di dalam kesihatan tubuh badan yang terbaik, kesihatan akal yang terbaik, di dalam ketaatan kepada Mu, dan dalam keadaan yang Engkau redha ya Allah. Peliharalah hati mereka daripada segala kejahatan. Ampunilah segala dosa Abah Umi ku, sama ada dosa besar atau kecil, dosa masa lalu, kini dan akan datang, dosa terang terangan atau sembunyi. Kurniakanlah kepada mereka kebahagiaan dan ketenangan hidup bersama sama di dunia ini. Kau bagilah mereka sentiasa rasa bahagia dan tenang bersama sama di sisi orang tersayang di dunia ini. Kurniakanlah kepada seluruh ahli keluarga kami kebahagiaan yang sebenar benarnya di dunia dan di Akhirat terutamanya. Kau matikanlah setiap daripada kami dalam keadaan husnul khotimah, dalam keadaan syahid, dalam keadaan yang Engkau redha ya Allah, dalam keadaan suci daripada segala dosa. Pertemukanlah kami dengan seluruh ahli keluarga kami dan semua orang yang kami sayang di syurga Firdaus Mu ya Allah. Tempatkanlah kami semua di dalam syurga Firdaus tanpa azab kubur dan tanpa hisab ya Allah. Kurniakanlah kepada kami semua segala kebaikan di dunia ini dan di Akhirat kelak. اللهم آمين
ALLAHUMMA AAMIIN...
ReplyDelete