Assalamualaikum.
Saya ingin mengucapkan, selamat menyambut Ramadan semua! Hihi sebenarnya hari ni hari ke 9 puasa. Saya tak sempat buat blog. Sebab kelas face to face dan ada assignment. Sekarang ni relax sikit sebab saya dah buat beberapa assignment, tinggal sikit lagi, doakan saya.
Tiga hari berturut turut saya berbuka di masjid. Start hari Jumaat hari tu, Sabtu dan Ahad iaitu kelmarin. Hari ni dah kelas, balik bilik pukul 5 lebih dah. Penat sudah mau pergi masjid. Kita makan dalam bilik saja ya. Saya suka berbuka di masjid sebab makanan free, dan saya tak sangka makanan dia agak sedap. Selalu nya barang free ni kurang kualiti dia, tapi Alhamdulillah makanan masjid ni sedap. Semoga Allah kurniakan kebaikan dunia Akhirat kepada orang yang sponsor, Amin.
Tadi pun Faizan ajak pergi masjid sebenarnya, tapi saya cakap saya tak pergi lah sebab penat dah baru sampai bilik. Hmm kita pergi hujung minggu ni pula ya Faizan!
Okay lah, setakat ini dulu. Saya sakit perut. Bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment