Assalamualaikum.
1 April 2022 hari tu, hari Jumaat adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke 20. Pagi tu saya ada assembly Kulliyyah of Education, sampai tengahari. Lepas tu, saya, Ainin, Dalili dan kawan Ainin, Balqis pergi ke kafe HS untuk makan tengahari. Siap makan cendol lagi hihi. Sodap. Saya baru ingat cendol tu bukan saya yang bayar, sama ada Dalili atau Balqis. Terima kasih ya kawan.
Lepas tu balik bilik. Dah Zuhur dah masa tu. Saya pun bersiap nak solat la kan. Tiba tiba Kakcik call cakap dia ada hantar barang kat saya. Runner akan sampai kejap lagi, get ready untuk turun ambik, takut runner menunggu lama. Saya cakap okay. 5 minit lepas tu, Kakcik call cakap runner dah sampai tu di MO. Saya pun cepat cepat turun sambil berlari, pecut tak mudah haha. Sampai je situ, saya tengok ada beberapa motor runner. Saya tak tahu yang mana satu.
Lepas tu saya nampak dekat atas meja, ada makanan korea yang dibeli di restoran yang Kakcik selalu makan tu. Saya pun syak yang tu barang saya. Saya pun mesej Kakcik tanya barang apa yang Kakcik hantar. Tiba tiba, saya palingkan kepala saya ke kiri, nampak Kakcik dengan Abecik! Kakcik nyanyi happy birthday to you. Saya pun.."Kakcik!!!!!!". Haha terkejut betul saya. Kakcik bawa kek coklat yang tertulis "MamaDa". Abecik tukang rakam. Rupa rupanya cerita runner semua tu rekaan semata mata. Hmm saya tak sangka Kakcik ingat hari jadi saya. Saya pun saja je tak cakap dan tak mengingatkan sape sape pun pasal birthday tu. Sebab memang Abah Umi tak ajar pun sambut birthday. Tapi Kakcik ingat birthday saya haha. Apa salah nya menggembirakan hati yang lara ini kan.
Memang kena betul Abecik Kakcik datang masa tu, memang saya tengah down teruk. Rasa nak balik rumah tak tertahan. Saya rasa rimas duduk sini. Tak ada apa yang menggembirakan saya kat sini. Dengan datangnya mereka, Alhamdulillah terubat lah duka itu. Lepas tu, Abecik gi solat Jumaat. Saya dan Kakcik naik bilik untuk makan dan solat Zuhur. Lepas tu, kami keluar!
Kami pergi Aeon. Sakan ya saya masukkan barang ke dalam troli. Saya nak beli 2 barang je masa tu, sejadah dan kain hitam. Tapi, Kakcik suruh beli je apa apa. Kebanyakannya makanan lah. Alhamdulillah sangat Allah jadikan Abecik Kakcik ni abang dan kakak yang sangat baik dan pemurah. Mereka sangat sangat meringankan beban Abah Umi. Semoga Allah permudahkan segala urusan Abecik Kakcik dalam apa jua perkara di dunia dan Akhirat, semoga Allah permudahkan rezeki yang halal dan terbaik kepada mereka, semoga Allah makbulkan segala doa mereka, semoga Allah balas kebaikan mereka dengan ganjaran yang terbaik di dunia dan Akhirat, dan semoga Allah kurniakan segala yang terbaik buat Abecik Kakcik di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.
Tidak pula kutahu kakcik abecik bawa kau keluar beli barang sendiri. Dasar!
ReplyDeleteBy the way sejadah tu memang taste saya. Love 💖
Iya Alhamdulillah🥰
ReplyDelete