Wednesday, 23 March 2022

Alhamdulillah 3 Sudah Anak Buah!

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, pada jam 11.40 tengahari, 23 Mac 2022, telah lahir anak saudara ketiga MamaDa! Alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je Along Kaklong nikah, dah 3 orang anak. 1 perempuan 2 lelaki. Kiutnya. Iman the only princess la buat masa ni. Princess pun garang tau, protective tu! Haha. Rindu nya Iman Abdurrahman. Dan rasa rindu untuk pegang baby boy baru..hihi.

Namanya diisytiharkan 7 hari lepas lahir iaitu pada 30 Mac tengah malam. Akhirnya berakhir juga teka teki MamaDa dan MamaSya. ABDULLAH ABBAS nama diberi. Cantik dan eksklusif kan nama tu! 

ZAHRATUL IMAN

ABDURRAHMAN ZAKWAN

ABDULLAH ABBAS

Wahh comelnya semua nama ni! Tak tercapai juga MamaSya nak nama Abdullah Marwan haha. Tapi at least Abdullah tu ada la kan. MamaSya letak la nama tu dekat anak sendiri nanti InsyaAllah ya. MamaDa doakan semoga anak anak ini membesar dengan baik dan mendapat didikan agama yang terbaik. Semoga mendapat redha Allah dunia Akhirat dan menjadi anak yang soleh dan solehah kepada Abi Umi, dan menjadi manusia yang disenangi orang sekeliling. Semoga Allah kurniakan kebaikan di dunia dan di Akhirat kepada anak anak ini dan kita semua, Allahumma Amin. 

Assalamualaikum Abbas!


No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...