Monday, 14 March 2022

First Time Ever Flood

 Assalamualaikum.

I want to story about flood that happened recently. Banjir tu adalah banjir paling ngeri dalam hidup saya. Rumah saya kan agak tinggi kedudukan dia, jadi tak pernah pun air naik. Kalau paling paling tinggi pun sampai tapak gajah bahagian bawah tu saja. Tapi Allah maha kuasa. Banjir kali ni air masuk dalam rumah, satu benda yang saya tak pernah terfikir akan terjadi. Tiada yang mustahil bagi Allah kan. 

Pada 27/2 tu, saya bangun pagi, Umi cakap air naik sampai garaj. Saya pun terkejut sangat. Rasa macam mimpi. Saya pun pergi tengok sendiri. Masa tu air dah setakat buku lali di garaj. Kiranya memang tak boleh keluar lah kereta kan. Tapi kereta exora dah ada dekat luar sana. Kereta Aruz je yang terperangkap ni. Yang jadi lebih kalutnya, esok tu 28/2, kami sepatutnya berlepas ke Sabah. Kalau air tak surut, macam mana kami nak pergi kan. Jadi nya Abah cakap kita naik bot untuk keluar daripada kawasan banjir, lepas tu kita pergi terus Kota Bharu. Kiranya duduk hotel lah sementara tunggu esok. Itulah rancangan nya. Tapi, bot tidak ada. Kami call bomba, tapi bomba sibuk. Mereka tengah selamatkan orang lain. Air semakin naik masa tu. Dah mencecah tangga. Tiba tiba, kami nampak satu perahu lalu. Umi pun panggil dia. Umi tanya boleh ke nak tumpang perahu untuk pergi tempat selamat iaitu rumah Cik Ani saya. Tapi saya tak ingat dia jawab apa hihi. 

Tapi lepas tu kami tunggu lama sangat untuk perahu sampai. Masa tu lepas Asar, baru dia sampai Alhamdulillah. Air dah nak masuk rumah masa tu. Bahagian dapur dan tandas dah masuk air. Bahagian ruang tamu tu memang airnya tak sabar sabar nak masuk. Mula mula, Adik dulu yang naik perahu dengan beg. Beg tu memang banyak lah sebab nak pergi Sabah kan. Lepas tu, giliran Alang naik perahu. Kemudian disusuli oleh saya dan Kaksya. Saya dan Kaksya naik 2 orang sebab tak skali dengan beg. Kalau skali dengan beg kena sorang la naik. Kalau tak dikhuatiri tenggelam. Lepas tu Umi. Akhir sekali Abah, sebab Abah nak kunci pagar rumah. Lepas tu, kami semua naik Hilux untuk ke rumah Cik Ani. Abah bawak kereta exora. 

Jadinya malam tu, kami tidur rumah Cik Ani. Alhamdulillah Allah kurniakan bapa saudara dan ibu saudara yang sangat baik dan prihatin. Masa tu dah la kami sekeluarga tak berapa sihat. Kami batuk, selesema dan demam. Kiranya Cik Ani sekeluarga ambik risiko la, kan musim kovid. Tapi Alhamdulillah kami okay saja. Masa tu rasa relax sikit. Tapi, kami masih tak tahu macam mana nak pergi airport esok tu sebab jalan untuk ke sana memang tak boleh lalu kecuali lori tanah yang besar sangat tu. Masa tu memang buntu dan berserah pada Allah. 

Keesokan paginya, Umi ajak Abah pergi balai bomba untuk bagitahu keadaan kami dan minta tolong. Alhamdulillah, rupanya memang bomba tu tengah kumpulkan orang yang nak menyeberang banjir tu. Ada orang sakit nak ke hospital, dan macam macam lagi. Jadi, Abah pun balik ke rumah Cik Ani untuk ambik kami semua. Umi tunggu dekat bomba. Lepas tu sampailah kami di balai bomba. Baru ku tahu yang kami akan naik lori tanah dengan orang ramai ramai. First time ya haha. Kami pun naik lori tu..kena berdiri je sepanjang perjalanan. Perjalanan sejam lebih rasanya sebab dia bawak slow dalam air. Kami kena hujan dan panas sebab lori takde bumbung. Tapi kena hadapi. Kami redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kami. Kami turun di hospital Lati. Abah pun call grab. Setelah tunggu beberapa lama, grab pun sampai. Tapi satu kereta mana cukup. Kami berlima, lepas tu barang banyak. Dahla berselut kami ni sebab atas lori tu penuh selut ya. Lepas tu kami tunggu satu lagi kereta grab. Lepas  dua dua sampai, Abah, Umi, Adik satu kereta. Kaksya dan saya satu kereta. Kami pun bertolak ke airport. 

Di airport, kami bersihkan pakaian dan beg kami yang berselut. Dalam pukul 2.45 petang, kami pun naik kapal terbang ke Sabah. Dalam pukul 5 lebih, kami tiba di negeri di bawah bayu! Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan dan ujiannya, Allah permudahkan juga perjalanan kami ke sana. Terima kasih ya Allah. Ia adalah pengalaman yang sangat berbekas di hati saya. Dapat juga merasa naik perahu dan lori tanah. Bila lagi nak naik kan..Lepas tu, banjir ini juga mengajar saya dan kita semua, setinggi mana kedudukan kita, setinggi mana pun rumah kita, kita tak boleh sombong, takabbur. Sebab yang beri kita nikmat tu Allah, jadinya Allah juga boleh tarik nikmat tu bila bila masa. 

Jadi, sentiasa lah ucap Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberi. Tak kirala nikmat apa pun, nikmat sihat, nikmat harta, nikmat hidayah dan sebagainya. Okay sekian sahaja daripada Ustazah Syahadah hihi. 

Cerita kat Sabah tu saya cerita dalam blog seterusnya InsyaAllah. Bye Assalamualaikum.





Tempat kami menunggu sementara nak naik hilux

Naik Grab depan Hospital Lati

Di Airport

Candid katanya

2 comments:

  1. Wow suspennya dek cerita kau. Tak sabar hakak nak tahu sambungan dia. Okay bye. Gerak lu.

    ReplyDelete
  2. Wahh panjang ya ceritanya. Alhamdulillah ada juga terselit pengajaran ya tuan puan dalam cerita ni. Alhamdulillah Allah permudahkan. Insaf saya baca cerita awak ni dek.

    ReplyDelete

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...