Wednesday, 9 March 2022

بداية البداية

Assalamualaikum.

Selamat kembali setelah berapa lama saya tidak update apa apa. Banyak sangat benda terjadi sepanjang tempoh ni. Tapi yang tu saya cerita nanti blog seterusnya InsyaAllah. Doakan saya rajin untuk update blog ya. Sekarang nak cerita tentang kisah Universiti.

Ingat tak masa bulan Julai hari tu kan, saya ada interview untuk masuk kos TAASL. Interview masa tu untuk kemasukan Oktober 2021/2022. Yang sedihnya masa tu saya tak dapat, bukan rezeki saya. Saya rasa kecewa sangat sampai jadi sensitif haha. Masa tu saya tak bagitahu lagi keluarga saya pasal tu sebab takut mereka kecewa. Akhirnya saya bagitahu jugak mereka, tapi tak boleh relax..saya nangis masa bagitahu haha. 

Tapi ia tidak berhenti di situ. Bila saya masuk sem 1 degree sebagai pelajar BARB, saya apply untuk tukar ke kos TAASL. Tapi saya kena habiskan la sem 1 tu. Masa hujung hujung sem 1 tu, dapat email untuk duduki ujian medsi. Saya pun jalani ujian tu. Beberapa lama lepas tu, dapat email untuk interview pulak. Jadinya, pada 8 Februari 2022, saya pun interview. Masa tu interviewer 2 orang, iaitu Dr. Arifin Mamat dan Dr. Norazzelena Abdullah. Mula mula Dr. Norazzelena tanya apa khabar, dalam bahasa Arab la kan. Pastu saya baru nak jawab, tiba tiba Dr. Arifin cakap, "Rasa macam pernah tengok muka ni". Saya pun senyum je tak tahu nak jawab apa. Lepas tu beliau tanya ada kakak yang pernah belajar kat sini jugak ke..saya pun jawab ya. Kakak saya dulu belajar di Kulliyah ini juga. Nama bla bla bla. Dr. Arifin pun cakap muka saya sama sangat dengan Kaksya. Padahal tak pun haha. Tu sebab kali pertama tengok. 

Jadinya interview tu berasaskan Kaksya ya. Lecturer guna topic Kaksya sebagai bahan untuk interview saya. Saya enjoy sepanjang interview Alhamdulillah. Lepas habis tu, tak lama lepas tu ada orang call cakap interview tak habis lagi, Lecturer terlupa satu benda. Saya pun berdebar debar la sebab yang tadi dah berjalan lancar...apa pulak kali ni. Rupa rupanya terlupa ujian buta warna. Lega saya. Lepas ujian buta warna tu, tamatlah interview saya.

Pastu, keluarlah kenyataan yang result interview tu keluar 9 March 2022. Kira jelas lah kan benda tu, takde lah setiap hari tertunggu tunggu email. Tapi, masa 2 hari ke 3 hari sebelum 9/3 tu, saya saja saja lah cek imaalum kan. Saya tengok dekat profile imaalum saya, bertukar kulliyyah. Jadi Kulliyyah of Education! Saya terkejut sangat. Saya nak percaya tapi takut tak soheh. Saya pun bagitahu Ainin pasal tu. Yang dia punya pun tertukar jugak. Dia harap sangat benda tu betul kan. Tapi kami tunggu je sampai 9 haribulan tu. Lepas tu kami cek, Alhamdulillah betul betul dapat TAASL. Rasa macam mimpi sangat. Over kan haha. 

Jadi, ini adalah permulaan kami untuk menjadi seorang pendidik. Semoga menjadi asbab kebaikan dunia dan Akhirat kepada diri kami sendiri, seluruh ahli keluarga kami, orang sekeliling kami dan seluruh umat manusia, Allahumma Amin.

Bye Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...

    Student Dr. Arifin Mamat ke ni?

    Okay bye.

    ReplyDelete
  2. Menarik cerita awak. Baguslah awak ni. Tak mengenal erti putus asa. Itu yang kita mahu. Yang sensitif tu tak mahu. Okay bye.

    ReplyDelete

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...