Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pada 8 Julai hari tu, saya tamat exam terakhir. Saya bersyukur sangat. Lama dah tak relax. Sekarang Alhamdulillah saya boleh rehat dan tengok cerita banyak banyak. Adik saya dah lama ajak saya tengok cerita, tapi saya sibuk, kena buat assignment lah, kerja sekolah lah, nak belajar lah. Jadi sekarang lah waktu untuk saya luangkan masa dengan dia untuk tengok cerita. Semalam tengok cerita Spiderman homecoming, hari ni Spiderman far from home. Best sangat!
Memang saya gembira sangat dah tak kena belajar, tapi saya rasa sayu sikit nak tinggalkan CFS ni. Lagi lagi sem 3..Sem 3 lah yang paling best sepanjang Asasi ni. Lepas ni mungkin tak kan jumpa dah kan. Sebab mungkin kos berlainan, atau ada yang pindah U.
Sem 3 ni, saya terpaksa buka camera sebab ada subjek Maharat Muhadathah. Ustaz nak pastikan pelajar tak tengok teks masa present tu. Jadi, saya terpaksa buat jugak walaupun malu sangat sangat. Tapi saya fikir, bukan orang fokus kat kita pun, jadi saya semakin confident hihi.
Alhamdulillah ada juga bergambar sem 3 ni. Jadi ada jugaklah kenangan tu. Sedih nya rasa haha. Okaylah bye. Assalamualaikum.
Mantap!
ReplyDeleteComelnya awak....Semoga awak terus cemerlang dan dapat ikut jejak kakak awak untuk jadi sorang ustazah yang disegani...Aamiin
ReplyDeleteAmin🤲
Delete