Assalamualaikum. hari ni Abah saya, Umi saya dan saya pergi ke Universiti saya untuk ambil barang yang tertinggal di sana. Masa masih kat rumah, saya dah pastikan saya dah bawak semua benda penting macam kunci bilik. kami pun mulakan perjalanan pada awal pagi.
Saya rasa sangat bahagia sepanjang perjalanan. Saya rasa macam anak tunggal pulak sebab saya sorang je dalam kereta tu bersama Abah Umi. Kaksya duduk rumah sebab kena mengajar pukul 1. Adik pulak duduk tahfiz. Jadi saya nikmati perjalanan yang jauh tu seorang diri.
Alhamdulillah kami sampai sana pukul 11 lebih sikit. Sempat untuk kemas barang sesi pagi. Abah saya bawak laju sebab takut tak sempat balik hari. Mesti Abah dan Umi saya letih. Tapi nak buat macam mana, memang terpaksa. Saya cepat cepat naik tingkat 5 untuk ke bilik saya, 166. Saya pun bukak pintu bilik dengan kunci yang saya bawak tu. Saya rasa sayu sangat masa tu. Masih ada bau kami berempat. Saya orang first yang ambil barang. Jadi, masih ada barang kawan kawan saya. Saya jadi teringat balik kenangan kami sepanjang 3 bulan.
Setelah beberapa minit saya mengenangkan memori lalu, saya pun meluru ke compartment A iaitu compartment saya. Saya nak bukak almari, tiba tiba masa tu saya rasa macam nak pitam. Saya baru ingat sesuatu, KUNCI ALMARI! Saya tak ingat langsung pasal kunci almari. Jantung saya berdegup kencang masa tu. Semua barang saya ada dalam almari. Saya pun ambil penyapu dan cuba pecahkan mangga kunci tu. Tapi tak boleh.
Saya terpaksa call Umi saya. Umi saya marah. Saya pun menangis sebab menyebabkan Umi susah hati. Umi panggil technician tapi technician tengah buat kerja dekat mahallah lain. Jadi lambat sikit. Kami tunggu....tapi terlalu lama, technician tak datang lagi. Umi pun pergi kat kereta dan cari alat macam spanar. Jadi Abah saya pun tahu pasal tu masa tu. Alhamdulillah spanar ada dalam kereta. Akhirnya, Abah saya pergi ke bilik saya dan bukak almari tu. Masa on the way ke bilik saya tu, Abah tanya tak ada lift ke...saya pun jawab takde..kesian Abah dan Umi saya. Terpaksa naik tangga sampai tingkat 5.
Saya rasa saya anak paling teruk di dunia. Sebab menyusahkan Abah Umi. Tapi Abah Umi tak cakap apa pun. Tak marah pun. Umi marah mula mula tu sebab terkejut. Tapi lepas tu, Umi bercakap dengan saya macam takde apa berlaku. Saya rasa sedih sangat. Okay itu sahaja cerita saya hari ini, Bye. Assalamualaikum.
Bilik 166 👆
No comments:
Post a Comment