Saturday, 31 July 2021

Pingat Pertama!

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah Malaysia dapat pingat pertama hari ini melalui sukan badminton lelaki berpasangan. Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik! Anda terbaik!

Tapi tak lupa juga kepada atlet Malaysia yang lain. Lee Zii Jia, Nabila, Farah Ann, Lee Hup Wei, anda telah buat yang terbaik, Tahniah! Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Semoga yang mara ke peringkat seterusnya dapat buat yang terbaik.

Bye Assalamualaikum.

SALAM 1 MALAYSIA!

Soh Wooi Yik dan Aaron Chia☝

Friday, 30 July 2021

Jalan jalan di Petang Hari

 Assalamualaikum.

Petang semalam saya, Adik dan Kaksya pergi jalan jalan mengelilingi kejiranan. Best sangat. Tapi malu sikit sebab ada budak budak kecik tengah main motor. Kami menikmati flora yang ada di sini. Kami sempat ambil gambar.

Walaupun jalan dekat dekat rumah je, kena pakai mask jugak. Sebab nanti kalau polis nampak, tak pasal pasal pulak kena bayar denda. Nauzubillah.. Lepas tu kami main permainan baru iaitu berjalan kaki ayam atas batu kat depan pagar. Saya kalah hihi.

Itu saja untuk tengah hari ini. Bye Assalamualaikum.

Bentuk heart saya dan Adik☝

Kaksya dan Adik☝

Hening petang☝

Tak tahu bunga apa☝

Saya dan kaksya☝

Wednesday, 28 July 2021

Belajar Memandu Kereta

 Assalamualaikum. 

Dalam seminggu dua minggu ni saya belajar bawak kereta. Alhamdulillah saya dah boleh pandu kereta dengan baik. Tapi masih tak berani nak bawak serius atas jalan. Kan baru je pandai hihi. Saya tak sabar nak betul betul mahir. Boleh la tukar tukar syif dengan Umi saya kalau nak pergi kedai ke.

Tapi saya belum selesai buat lesen kereta. Tergendala sebab PKP kan. Baru ada lesen L. Duit dah bayar banyak. Semoga lepas ni dipermudahkan untuk sambung buat lesen kereta. 

Adik saya pun dah pandai bawak sikit sikit. Geliga betul otak dia. Dia 100 kali lagi hebat daripada saya  masa mula mula bawak dulu. Dia pandai kawal stereng dan pandai kawal minyak. Dia cerdik dan bijak macam Abah dan Umi saya Alhamdulillah. Insya-Allah Adik akan mahir tak lama lagi.

Hihi okaylah, sekian cerita saya pasal kereta. Bye Asslamualaikum.

Adikku☝

Alhamdulillah Selesai Temuduga!

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya dah jalani temuduga TAASL semalam, 27 Julai 2021. Alhamdulillah semua berjalan lancar, internet pun okay. Cuma saya terkejut sikit sebab sepatutnya giliran saya pukul 5.15. Tapi sebab temuduga tu berjalan lebih cepat dari yang dijangka, saya temuduga pukul 4.25 macam tu. Tiba tiba dia call tanya dah sedia ke belum. Saya pun cepat cepat bersiap.

Interviewer yang saya dapat adalah Dr. Irfan Dayem dan Dr. Norazzelena. Dr. Irfan Dayem tu lecturer yang mengajar kakak saya. Dr. Norazzelena pulak adalah lecturer yang observe Kakak saya masa dia practicum hari tu. Dua dua lecturer baik sangat. Bahasa Arab mereka tu pekat sangat. 

Alhamdulillah saya jawab setiap soalan yang ditanya. Saya siap nyanyi lagi Allahu. Malu sangat tapi terpaksa haha. Saya dah buat yang terbaik. Jadi tawakkal saja sekarang hihi. Doakan saya ye. Semoga Allah kurniakan apa yang terbaik buat keluarga saya, saya, kawan kawan saya dan kita semua. Allahumma Amin.

Selesai temuduga☝

Monday, 26 July 2021

Throwback Sarawak 2019

 Assalamualaikum. 

Hari tu saya cerita pasal Sabah kan, hari ni Sarawak pulak! Bulan 12 2019, masa tu saya baru habis SPM. Kami pergi melancong ke Sarawak. Abah dan Adik baru lepas keluar dakwah masa tu. Saya excited sangat masa dapat tahu kami akan pergi Sarawak. 

Masa on the way ke airport Pengkalan Chepa, jalan jem teruk. Saya dan Adik saya ingat kami tak sempat dah nak naik kapal terbang pergi Sarawak. Tapi Alhamdulillah, kami sempat. Kami menunggu agak lama dekat airport. Lepas tu, tibalah masa kami naik kapal terbang. Abah saya, Umi saya dan Adik saya duduk sebaris dalam kapal terbang. Saya duduk jauh dengan mereka. Saya rasa nak nangis masa tu, haha. Saya duduk tepi tingkap. Best sangat. Tapi kapal terbang bergegar banyak kali. Saya takut sangat. Saya istighfar tak henti henti. Dahla hujan. Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai Sarawak.

Saya suka sangat pergi Sarawak. Walaupun di Kuching tak banyak tempat untuk dilawati, tapi saya gembira sangat pergi sarawak. Tak tahu kenapa. Saya rasa Sarawak ni, tempat menarik dia bukan dekat Kuching, mungkin di daerah lain. Kami pergi ke Wildlife Center. Kami satu satunya pelawat masa tu. Tapi best lah kan. Tak kena bersesak sesak dengan orang ramai. Kat situ ada orangutan, hornbill, monyet, dan banyak lagi binatang liar. Tapi saya lupa. 

Lepas tu, Abah saya bawak kereta ke pedalaman, Kampung nelayan. Kami berhenti sekejap di tepi sungai. Lepas tu nampak macam ada bot nak datang ke arah kami. Mungkin dia ingat kami nak naik. Lepas tu kami cepat cepat naik kereta. 

Kami pergi ke Kampung Budaya. Best sangat! Ada banyak kaum di Sarawak ni. Antaranya kaum Melayu, Kaum Cina, Kaum Iban, Kaum Bidayuh dan sebagainya. Dekat kampung Budaya tu ada contoh contoh rumah mereka. Ada rumah tinggi, ada rumah panjang. Kami banyak ambil gambar. Abah jurugambar, jadi jarang sangat Abah masuk dalam gambar. Masa tu saya tak terfikir pulak nak tolong ambil gambar Abah ke apa. Ishh. 

Lepas tu, saya baru dapat tahu rupa rupanya kami ada saudara mara dekat Sarawak ni, sepupu Umi saya. Kami pun pergi rumah mereka. Mula mula pergi rumah Makcik Dayang, ibu saudara Umi saya. Kat situ kami jumpa Makcik Dayang, Uncle Sam dan jiran mereka. Mereka baik sangat sangat. 

Esoknya, kami pergi ke rumah Aunty Aisyah pulak, sepupu Umi, anak Makcik dayang. Makcik Dayang dengan Uncle Sam pun ada skali. Ada ramai kat situ, meriah. Ada Uncle Boy, Mak Uncle Boy, Aunty Min dan anak anak mereka semua. Mereka layan kami sehabis baik. Kami makan mee kari yang Mak Uncle Boy buat. Sedap sangat. Ada kari kambing, ada kari ayam. Saya dan Umi pilih kari ayam, Abah dan Adik pilih kari kambing. Sebelum kami pulang, mereka bagi beberapa kotak kek lapis.

Saya rasa gembira sangat pergi Sarawak. Dan saya rindu mau mansau lagi. Hmm. Semoga covid 19 reda dengan cepat dan lenyap daripada dunia ni selamanya. Hihi bye Asslamualaikum.

Rumah Makcik Dayang☝

Sungai Sarawak☝

Kampung Budaya☝

Berehat sebentar☝

Saya dan Adik☝

Saturday, 24 July 2021

BtoB

 Assalamualaikum.

Sekarang ni musim Korea kat rumah saya. Sebelum ni pun musim Korea, tapi sekarang macam semangat Korea tu berkobar kobar sikit, haha. Dalam sebulan dua bulan ni, kami minat kumpulan BtoB. Sebab hari tu kan BtoB masuk dalam rancangan Kingdom tu, jadi saya, Adik saya dan Kakak saya cari pasal kumpulan BtoB. 

Kami kenal kumpulan ni dah lama, tapi kenal setakat tu jelah. Takde lah minat betul tu, minat biasa biasa je. Satu je lagu BtoB yang kami kenal masa tu, I'll be your Man. Tapi, lepas Kingdom tu, Adik saya explore habis pasal kumpulan ni. Jadi banyaklah lagu BtoB yang kami kenal sekarang ni. Kami minat BtoB sebab kumpulan ni berbakat sangat. Dia ada 7 orang. 4 vocalist 3 rapper. Tapi orang kata BtoB ni ada 7 vocalist 7 rapper, sebab semua ahli berbakat dari segi vocal dan rap. Haha over kan, tapi betul.

Antara lagu BtoB yang kami kenal:

- I'll be your man, Blue Moon, Beautiful Pain, Only one for me, Missing You, Insane, Drunk, Thriller, Someday, It's Okay, Way Back Home dan banyak lagi, tapi saya lupa hihi.

Okay bye, saya mau makan. Assalamualaikum.

BtoB☝

Friday, 23 July 2021

Pesta Durian!

 Assalamualaikum.

Saya rasa kenyang sangat sekarang. Sebab tadi saya makan durian banyak sangat sampai nak muntah. Saya suka durian sangat sangat. Sekarang ni memang musim durian, sebab tu lah sepanjang jalan orang jual durian penuh. 

Tadi Abah beli durian empat biji. Lepas tu, Umi pulak pergi beli tiga plastik besar durian. Jadi memang banyak sangat durian dekat rumah saya sekarang. Tadi dah bukak banyak, tapi yang tak bukak lagi pun banyak. Wah, kenyang dengan durian lah saya dua tiga hari ni.

Lepas tu tadi, masa Kakak dan Adik saya buka durian, kami jumpa dua ke tiga biji durian yang isi warna kuning. Saya jarang nampak yang warna kuning, selalu nampak yang warna krim. Jadi rasa macam special sangat bila nampak yang warna kuning. Umi simpan yang kuning special tu untuk Abah. 

Lepas tu Adik saya jumpa durian kecik. Cute sangat haha. Besar tapak tangan je. Okaylah, setakat ini saja cerita pasal durian. Hihi bye Assalamualaikum.

Durian dalam plastik☝

Banyak kan isi durian!☝

Untuk disimpan dalam peti☝

Durian isi kuning☝

Durian kecik!☝

Thursday, 22 July 2021

Throwback Sabah 2018

 Assalamualaikum.

Saya rindu masa takde covid. Kami sekeluarga selalu pergi melancong situ sini. Kami pergi Bangkok, Singapore, Langkawi, Sarawak, Sabah dan sebagainya. Dan kami selalu balik Pahang. Tapi sekarang, tak boleh keluar rumah pun.

Masa 2018, Abah saya, Umi saya, Adik saya dan saya pergi Sabah. Best sangat! Kami pergi tengok Gunung Kinabalu, Canopy Walkway Poring, tempat ikan banyak, dan kami pergi pasar Philipine. Kami nak pergi banyak tempat lagi sebenarnya, tapi tak sempat. Masa di Sabah, kami selalu makan di restoran orang Kelantan. Tuan kedai tu asal Kelantan tapi duduk Sabah. Jadi di Sabah pun kami makan makanan Kelantan. Lepas tu kami limpas dekat sekolah yang Abah dan Umi mengajar dulu. Sekolah Kebangsaan Lok Yuk dengan Sekolah Kebangsaan St. Agnes. Lepas tu kami lalu juga rumah Abah dan Umi dulu. Dah ada orang lain duduk situ. Sebenarnya Abah nak pergi masuk rumah tu sebagai tetamu, Tapi Umi tak nak sebab Umi sedih teringat memori dulu.

Saya rasa rindu nak melancong lagi. Semoga keadaan kembali seperti sebelum ini serta merta, keadaan yang bebas, sihat tanpa covid 19 dan tanpa segala penyakit. Allahumma Amin. 

Di Poring Canopy Walkway☝

Saya dan Umi☝

Saya dan Adik☝

Bersama sumandak Sabah☝

Hari Raya AidilAdha

 Assalamualaikum.

Hari ni hari ketiga Raya Haji. Kami duduk rumah je. Kan PKP. Tapi saya gembira sangat sebab kami sekeluarga dapat menunaikan solat sunat Hari Raya Haji sama sama di rumah. Tapi sesama ahli keluarga yang ada dirumah je lah. 6 orang lagi takde. Along, Kaklong, Abecik, Kakcik, Iman dan Abdurrahman. 

Hari Raya Aidilfitri hari tu pun kami solat berjemaah macam ni jugak. Saya rasa gembira sangat kalau kami berkumpul ramai ramai macam tu. Kalau hari biasa semua orang buat kerja masing masing. Sampai tak keluar bilik pun ada. 

Hihi. Bye itu saja. Assalamualaikum.

Suasana lepas solat sunat Hari Raya☝

Saturday, 17 July 2021

كتاب اللغة العربية ( Buku Bahasa Arab )

 Assalamualaikum.

Terima kasih Abahku dan Umiku! hihi. Alhamdulillah tadi poslaju hantar satu barang ni. Rupa rupanya buku Bahasa Arab yang saya nak. Saya gembira sangat. Tak sabar nak baca. 

Saya bagitahu Umi saya nak buku tu dekat shoppee. Saya hantar link kat Umi. Umi minta Abah beli. Saya ingatkan lambat lagi sampai. Sebab tu saya terkejut tadi. 

InsyaAllah, semoga saya semakin bersemangat untuk belajar dan semoga dengan asbab buku ni, saya dapat menambahkan ilmu Bahasa Arab. Hihi bye Assalamualaikum.


Ini bukunya!☝

Penghargaan Buat Para Pensyarah

 Assalamualaikum.

Hari tu setiap pelajar BAR kena bayar 5 ringgit seorang untuk beli hadiah kepada para lecturer BAR empat orang. Alhamdulillah, semua hadiah telah selamat sampai kepada para lecturer iaitu Ustaz Maad, Ustaz Ma Zheng, Ustaz Abdulrahman dan Ustazah Mazlina. 

Saya rasa berbaloi sangat bayar 5 ringgit tu sebab hadiah yang diberikan berkualiti dan berguna untuk mereka, dan semua lecturer sangat terharu dengan pemberian kami, Alhamdulillah. Harap mereka semua redha dengan kami ni. Semoga  segala ilmu yang kami dapat daripada mereka diberkati dan semoga kami semua dapat mengajarkan pula ilmu itu kepada generasi seterusnya. Amin. 

Saya sayang semua lecturer yang pernah mengajar saya. Saya rasa sedih sangat sebenarnya nak tinggalkan asasi. Dan lagi sedih sebab, maknanya saya ni semakin meningkat usia. Dah nak masuk degree. Sebelum ni rasa macam lambat lagi semua tu. Tapi saya muda lagi, baru 19 tahun hihi. Bye Assalamualaikum.

Ustaz Maad☝

Ustaz Abdulrahman☝

Ustaz Ma Zheng☝

Ustazah Mazlina☝

Sunday, 11 July 2021

Temuduga TAASL

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah Ya Allah, saya diberi peluang untuk menghadiri temuduga yang akan menentukan kos saya untuk degree nanti, iaitu temuduga untuk masuk kos TAASL. Kawan kawan sebilik saya pun dapat jugak Alhamdulillah. 

Saya rasa takut sangat untuk temuduga ni. Kakak saya dah pernah lalui temuduga ni dan dia berjaya masuk kos TAASL, Alhamdulillah. Sekarang Kakak saya dah nak habis praktikal sebagai guru dah pun. InsyaAllah lepas ni dia dapat mengajar terus. 

Saya harap sangat untuk masuk kos TAASL macam Kakak saya. Sebab nampak best sangat, nampak enjoy semasa belajar. Dan saya memang bercita cita untuk menjadi seorang guru macam Abah dan Umi saya. Jadi, doakan saya supaya dapat buat yang terbaik temuduga nanti, dan berjaya menjadi pelajar kos TAASL yang cemerlang dan sentiasa dapat membanggakan hati Abah dan Umi, Allahumma Amin. 


Tamat Asasi InsyaAllah!

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada 8 Julai hari tu, saya tamat exam terakhir. Saya bersyukur sangat. Lama dah tak relax. Sekarang Alhamdulillah saya boleh rehat dan tengok cerita banyak banyak. Adik saya dah lama ajak saya tengok cerita, tapi saya sibuk, kena buat assignment lah, kerja sekolah lah, nak belajar lah. Jadi sekarang lah waktu untuk saya luangkan masa dengan dia untuk tengok cerita. Semalam tengok cerita Spiderman homecoming, hari ni Spiderman far from home. Best sangat!

Memang saya gembira sangat dah tak kena belajar, tapi saya rasa sayu sikit nak tinggalkan CFS ni. Lagi lagi sem 3..Sem 3 lah yang paling best sepanjang Asasi ni. Lepas ni mungkin tak kan jumpa dah kan. Sebab mungkin kos berlainan, atau ada yang pindah U. 

Sem 3 ni, saya terpaksa buka camera sebab ada subjek Maharat Muhadathah. Ustaz nak pastikan pelajar tak tengok teks masa present tu. Jadi, saya terpaksa buat jugak walaupun malu sangat sangat. Tapi saya fikir, bukan orang fokus kat kita pun, jadi saya semakin confident hihi. 

Alhamdulillah ada juga bergambar sem 3 ni. Jadi ada jugaklah kenangan tu. Sedih nya rasa haha. Okaylah bye. Assalamualaikum.

Kelas terakhir bersama Ustaz Ma Zheng☝

Masa buat video untuk Ustaz☝

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...