Assalamualaikum.
Hari tu setiap pelajar BAR kena bayar 5 ringgit seorang untuk beli hadiah kepada para lecturer BAR empat orang. Alhamdulillah, semua hadiah telah selamat sampai kepada para lecturer iaitu Ustaz Maad, Ustaz Ma Zheng, Ustaz Abdulrahman dan Ustazah Mazlina.
Saya rasa berbaloi sangat bayar 5 ringgit tu sebab hadiah yang diberikan berkualiti dan berguna untuk mereka, dan semua lecturer sangat terharu dengan pemberian kami, Alhamdulillah. Harap mereka semua redha dengan kami ni. Semoga segala ilmu yang kami dapat daripada mereka diberkati dan semoga kami semua dapat mengajarkan pula ilmu itu kepada generasi seterusnya. Amin.
Saya sayang semua lecturer yang pernah mengajar saya. Saya rasa sedih sangat sebenarnya nak tinggalkan asasi. Dan lagi sedih sebab, maknanya saya ni semakin meningkat usia. Dah nak masuk degree. Sebelum ni rasa macam lambat lagi semua tu. Tapi saya muda lagi, baru 19 tahun hihi. Bye Assalamualaikum.
Alhamdulillah 👍👍👍
ReplyDelete