Assalamualaikum.
Saya rindu masa takde covid. Kami sekeluarga selalu pergi melancong situ sini. Kami pergi Bangkok, Singapore, Langkawi, Sarawak, Sabah dan sebagainya. Dan kami selalu balik Pahang. Tapi sekarang, tak boleh keluar rumah pun.
Masa 2018, Abah saya, Umi saya, Adik saya dan saya pergi Sabah. Best sangat! Kami pergi tengok Gunung Kinabalu, Canopy Walkway Poring, tempat ikan banyak, dan kami pergi pasar Philipine. Kami nak pergi banyak tempat lagi sebenarnya, tapi tak sempat. Masa di Sabah, kami selalu makan di restoran orang Kelantan. Tuan kedai tu asal Kelantan tapi duduk Sabah. Jadi di Sabah pun kami makan makanan Kelantan. Lepas tu kami limpas dekat sekolah yang Abah dan Umi mengajar dulu. Sekolah Kebangsaan Lok Yuk dengan Sekolah Kebangsaan St. Agnes. Lepas tu kami lalu juga rumah Abah dan Umi dulu. Dah ada orang lain duduk situ. Sebenarnya Abah nak pergi masuk rumah tu sebagai tetamu, Tapi Umi tak nak sebab Umi sedih teringat memori dulu.
Saya rasa rindu nak melancong lagi. Semoga keadaan kembali seperti sebelum ini serta merta, keadaan yang bebas, sihat tanpa covid 19 dan tanpa segala penyakit. Allahumma Amin.
Wahh untunglah boleh pergi Sabah.
ReplyDeleteInsya-Allah Kaksya pun boleh pergi nanti.
Deleteseronoknya...ln shaa Allah sekiranya covid dah hilang dr muka bumi ini..kita akan ke destinasi lain plk..Aamiin
ReplyDeleteAllahumma Amin.
Delete