Assalamualaikum.
Dalam seminggu dua minggu ni saya belajar bawak kereta. Alhamdulillah saya dah boleh pandu kereta dengan baik. Tapi masih tak berani nak bawak serius atas jalan. Kan baru je pandai hihi. Saya tak sabar nak betul betul mahir. Boleh la tukar tukar syif dengan Umi saya kalau nak pergi kedai ke.
Tapi saya belum selesai buat lesen kereta. Tergendala sebab PKP kan. Baru ada lesen L. Duit dah bayar banyak. Semoga lepas ni dipermudahkan untuk sambung buat lesen kereta.
Adik saya pun dah pandai bawak sikit sikit. Geliga betul otak dia. Dia 100 kali lagi hebat daripada saya masa mula mula bawak dulu. Dia pandai kawal stereng dan pandai kawal minyak. Dia cerdik dan bijak macam Abah dan Umi saya Alhamdulillah. Insya-Allah Adik akan mahir tak lama lagi.
Hihi okaylah, sekian cerita saya pasal kereta. Bye Asslamualaikum.
No comments:
Post a Comment