Assalamualaikum.
Kakak-kakakku, tolong jangan kecam saya. Saya tak tulis blog bukan sengaja, tapi memang teda mooood betul. Tapi disebabkan hari ni hari istimewa, saya cubalah juga cari kerajinan dan mood untuk mula balik tulis blog. Kalian tahu kah hari ni hari apa?😌 24 tahun lalu pada tarikh yang sama iaitu 1 April, lahirnya seorang bidadari yang cantik lagi manis lagi jurus (saya la tu).
Alhamdulillah Allah masih bagi saya hidup dengan baik, disayangi orang tersayang, walaupun tiada development dalam hidup keduniaan ni. Iyalah lain orang lain dia punya jalan hidup. Saya cuba enjoy the journey,, ceyy. Tapi biasalah, bila diri dikuasai syaiton, datanglah fikiran yang tidak baik. Bila tengok kawan-kawan sudah kerja duit kepok2, rasa macam... tidak bergunanya aku ni. Belum dapat bagi duit kepada Abah Umi, internet pun masih Abah yang bayarkan. Haha. Begitu ceritanya.
Tapi sebenarnya benda tu bukan masalah pun. Aishh kamu yang terlalu negatif Syahadah! Kan baru habis belajar, biasalah belum ada kerja tu. Lagipun Abah Umi lebih daripada mampu untuk jaga makan minum dan kehidupan kamu buat masa sekarang ni. Bukannya selamanya macam ni, kan memang tengah dalam proses tunggu YIK. Tapi sementara tu, saya ada pergi interview untuk mengajar Sriti, dan Alhamdulillah dapat. InsyaAllah start minggu depan. Doakan saya dapat bekerja dengan baik dan dipermudahkan segalanya.
By the way, Allah selamatkan kamu~~ Allah selamatkan kamu~~ Allah selamatkan Nur Syahadah~~ Allah selamatkan kamu~~ Hehe. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat, dan ampunkanlah segala dosa dan kelemahan imanku selama ini. Okay semua, bye Assalamualaikum.

Happy birthday baby!
ReplyDeleteTahniah juga sebab bukan senang nak start balik lagi lagi bila dah tinggal lama blogging.
Himnae!